web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bergabung Dalam Konsert - Rusty Blade, May, Babylon Dan XPDC Bakal Rocking Dan Gegarkan Persembahan 

Rusty Blade, Babylon, May dan XPDC telah digabungkan dalam konsert yang digelar Lagenda Rock Vol 1 di Megastar Sg Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai ini

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 9:49PM

Lagenda Rock Vol 1 bakal membariskan kumpulan Rusty Blade, Babylon, May dan XPDC pada 16 Julai ini di Kuala Lumpur. - Gambar oleh Ellyna Ali

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah bertahun juga kita pernah lagi tidak menyaksikan band-band rock keras era 80-an disatukan di atas pentas yang sama dalam sebuah konsert berskala besar. 

Usaha inilah yang cuba dilakukan pihak penganjur, Mutiara Optimum Sdn Bhd apabila membariskan band rock seperti Rusty Blade, Babylon, May dan XPDC dalam konsert yang digelar Lagenda Rock Vol 1 di Megastar Sg Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai ini. 

Pada sidang media yang diadakan di Heritage Club, Hotel Royal Chulan baru-baru ini, keempat-empat band muzik yang pernah mencetuskan fenomena mereka tersendiri di dalam industri muzik rakaman Malaysia ini ternyata cukup gembira apabila dapat beraksi semula di pentas yang sama setelah sekian waktu yang lama. 

Rusty Blade yang diwakili Zan selaku pemain dram mengakui mereka sudah bertahun tidak mengadakan konsert di Malaysia. 

“Memang lama sangat kami tidak buat persembahan di Malaysia. Kami teruja dengan peluang yang diberikan oleh pihak penganjur ini. 

“Kami akan cuba memberikan persembahan yang terbaik dan Alhamdulillah, sehingga setakat ini, kesemua anggota Rusty Blade masih bersama kecuali pemain bass kami, Razak. Atas sebab masalah kesihatan, kami terpaksa menggantikan tempatnya dengan pemain bass yang baharu. 

“Yang lain masih kekal termasuk penyanyi utama kami iaitu Yantzen dan In Sha Allah, kami dalam proses menghasilkan single baharu dan ia akan diperdengarkan di dalam konsert ini. Ia juga satu usaha kami untuk memberitahu fans bahawa kami masih lagi bermain muzik dari dulu hingga sekarang,” katanya. 

Keempat-empat band muzik yang pernah mencetuskan fenomena mereka tersendiri di dalam industri muzik rakaman Malaysia ini ternyata cukup gembira apabila dapat beraksi semula di pentas yang sama setelah sekian waktu yang lama. 
Keempat-empat band muzik yang pernah mencetuskan fenomena mereka tersendiri di dalam industri muzik rakaman Malaysia ini ternyata cukup gembira apabila dapat beraksi semula di pentas yang sama setelah sekian waktu yang lama. 

Babylon yang diketuai Hassan selaku pemain gitar telah mengambil peluang untuk memperkenalkan barisan pemuzik dan sang vokalis baharu band muzik tersebut. 

Hassan turut berharap bahawa konsert ini nanti akan menjadi sebuah acara bagi semua band-band muzik yang beraksi nanti untuk menghargai peminat-peminat yang selama ini memberi sokongan. 

“Kita adalah rocker Malaysia dan kita amat sayangkan industri muzik kita dan selepas ini kita mahu pastikan akan  anak-anak muda berbakat besar yang meneruskan kesinambungan kita ini. 

“Dalam konsert ini juga,kita akan cuba tempa sejarah. Atas pentas, tak banyak cakap, Kita lanyak betul-betul,” katanya. 

Mewakili May, pemain bass Yus telah memperkenalkan penyanyi baharu mereka, Daniel iaitu seorang etnis berketurunan Baba Nyonya dari Melaka. 

“Kami sangat berbesar hati apabila dapat menemui penyanyi seperti Daniel menerusi sebuah sesi uji bakat. Alhamdulillah, dia menepati ciri-ciri yang kami mahukan dan dia tidak seperti penyanyi yang dahulu. 

“Kami sekarang dalam proses latihan untuk mendapat keserasian. Dalam konsert ini nanti, kami akan bermain sekitar lima lagu kerana ada lagi band-band muzik lain yang akan membuat persembahan,” katanya. 

Selaku vokalis XPDC, Ali berkata, mereka sangat berbesar hati apabila dapat beraksi satu pentas dengan Rusty Blade, Babylon dan XPDC yang lebih dahulu mencipta nama arena muzik rock tanah air. 

“Ini satu usaha yang cukup baik daripada pihak penganjur. Sebetulnya, saya belum pulih sepenuhnya tetapi In Sha Allah, kami akan cuba lakukan yang terbaik di dalam konsert ini nanti. Selain daripada lagu-lagu saya bersama XPDC, saya juga akan membawakan lagu arwah Mael,” katanya. 

Sementara itu, wakil pihak Mutiara Optimum Sdn Bhd memberitahu, mereka sangat bersyukur apabila keempat-empat band muzik ini memberikan persetujuan untuk beraksi di konsert yang sama. 

“Terlalu banyak konsert daripada artis solo dan band muzik baharu yang dianjurkan lewat kebelakangan ini. 

“Tetapi, konsert yang mengetengahkan band-band muzik rock 80-an tidak ada. Menyedari hakikat ini, kita telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan. 

“Lagipun, mereka semua adalah legend dan mempunyai pengikut yang tersendiri. Kami percaya konsert ini nanti akan meraih sambutan,” katanya. 

Tiket untuk duduk dan berdiri dijual pada harga yang sama iaitu RM288 dan boleh dibeli secara terus menerusi talian www.MyTicket.asia. Pembelian secara early bird akan memperoleh diskaun sebanyak 15 peratus. - Getaran, 5 Jun 2023 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

3

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

5

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN