web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiket Konsert Sold-Out Dalam Tempoh 24 Jam: Ella Akui Teruja, Anggap Ia Sungguh Luar Biasa 

Ia sekali gus turut memecahkan rekod baharu dalam penjualan tiket bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena!

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 11:17AM

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota itu diadakan bersempena dengan 35 tahun penglibatan Ella sebagai penyanyi rakaman dalam industri muzik tanah air. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ratu Rock Ella membuktikan taringnya masih berbisa! Apa tidaknya dalam tempoh 24 jam, tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang dijadual berlangsung di Axiata Arena pada 10 Jun akan datang telah habis dijual. 

Ia sekali gus turut memecahkan rekod baharu dalam penjualan tiket bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena.

Konsert anjuran Hitman Solutions dan RockQueen itu diadakan bersempena dengan 35 tahun penglibatan Ella sebagai penyanyi rakaman dalam industri muzik tanah air. 

Mula dijual pada 13 Mac lalu, tepat jam 12 tengahari, tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota tiket habis djual sebanyak 50 peratus dalam tempoh dua jam. 

Disebabkan laluan talian yang sesak dan lebih 25,000 orang telah beratur di laman web sehingga mengakibatkan proses pembelian menjadi tergendala, pihak penganjur Hitman Solutions dan RockQueen terpaksa mengambil langkah untuk menghentikan jualan tiket buat sementara.

Jualan tiket diteruskan semula pada jam 5:00 petang dan pada jam 7 malam, sebanyak 90 peratus tiket telah terjual. Pada keesokan harinya iaitu 14 Mac, kesemua tiket bagi kategori Rockzone telah habis dijual pada jam 12 tengahari.  

Ella akan menyanyikan 35 lagu sempena 35 tahun usianya bergelar anak seni Malaysia dalam Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota  - Gambar oleh Wafa Aula
Ella akan menyanyikan 35 lagu sempena 35 tahun usianya bergelar anak seni Malaysia dalam Konsert 35 Tahun Jilid Akhir: Ella Puteri Kota - Gambar oleh Wafa Aula

Mengakui teruja dan pada masa yang sama terkejut dengan sambutan yang cukup luar biasa itu, Ella berkata, dia sememangnya tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat dalam konsert ini nanti. 

“Semoga peminat dapat mendoakan kesihatan kesemua pihak yang terlibat agar acara ini menjadi memori yang wajar dikenang.

“Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket, InsyaAllah, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan akan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua,” katanya.  

Ella turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan RockQueen dan juga rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini.

“Saya sangat teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini. Saya juga berterima kasih kepada semua peminat dari seluruh pelusuk dunia, terutama dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei di atas semangat mereka yang ingin bersama saya meraikan konsert ini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, kejayaan tiket Ella terjual dalam tempoh 24 jam membuktikan bahawa betapa hebatnya peminat-peminat ratu rock tersebut. 

“Saya kagum dengan kesungguhan mereka kerana tidak berputus asa untuk mendapatkan tiket konsert beliau. Ternyata Ella adalah Ratu Rock Negara yang tiada tolok bandingnya!”

“Secara jujurnya, saya sendiri tidak sabar untuk menyaksikan Ella beraksi di atas pentas dan ‘rock out’ bersama peminat-peminatnya,” katanya. 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...