Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Ramlah Ram Buktikan Masih Relevan, Haqiem Rusli Seronok Bertemu Peminat Di Konsert Jelajah Suria Kuantan

Lebih 6,000 pengunjung hadir ke siri Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang berlangsung di Kuantan City Mall, Pahang Darul Makmur pada Sabtu lalu

Muzik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 8:10PM

Ramlah Ram (kiri) dan Haqiem Rusli - Gambar dari Instagram @suriamalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lalu Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection telah menjelajah pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu di Kuantan, Pahang bagi menghiburkan pendengar-pendengar setia Suria FM di sana.

Bertempat di Kuantan City Mall, lebih 6,000 pengunjung hadir untuk melihat sendiri penyampai-penyampai radio Suria FM kesayangan mereka yang terdiri daripada DJ Lin, Shuib, Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Tyzo, Sharifah Shahirah (Rara) dan Anna J. 

Selain daripada beramah mesra bersama penyampai-penyampai radio Suria, warga Kuantan turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada barisan penyanyi popular tanah air seperti Ramlah Ram, Ernie Zakri, Syamel, Floor 88, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Azan Scan, Amir Masdi, Xpose, Syameer Azmi, Zulhadi ,Tallisya, Heedan Mohd dan Danial Kifli.

Menurut Pengurus Stesen Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, formula yang digunakan oleh Jelajah Suria iaitu membariskan penyanyi-penyanyi popular dari era 80-an sehingga kini dapat menarik perhatian ramai pendengar Suria FM untuk hadir ke konsert Jelajah Suria kali ini. 

“Saya difahamkan bukan sahaja pendengar-pendengar dari pantai timur yang hadir  ke konsert Jelajah Suria di Kuantan ini, malah ada peminat-peminat yang hadir dari utara, selatan dan Kuala Lumpur kerana setiap lokasi kita menampilkan artis yang berbeza-beza,” katanya.

Selain menampilkan penyanyi-penyanyi popular, Konsert Jelajah Suria Anggun Cotton Collection turut diserikan dengan persembahan artis-artis baharu yang mahu memulakan langlah dalam bidang nyanyian.

Kata DJ Lin, ini adalah salah satu usaha Suria FM untuk membantu penyanyi-penyanyi baru agar lebih dikenali ramai.

“Peranan kita sebagai sebuah stesen radio kita kena sokong penyanyi-penyanyi baru ini. Jangan beza-bezakan artis mengikut pakej atau jumlah pengikut di media sosial.

“Perkara sebegini kita harus berlaku adil kepada semua pihak dan cuba beri peluang kepada semua pihak. Siri Jelajah Suria ini adalah contoh terbai, di mana kita sediakan platform untuk penyanyi-penyanyi baharu membuat persembahan,” kongsinya. 

Sementara itu, Ramlah Ram sewaktu ditemui di belakang pentas berkata dia sangat seronok dan teruja untuk bersama-sama dengan Jelajah Suria kerana dapat bertemu peminat dengan lebih dekat. 

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana saya masih menjadi pilihan untuk menghiburkan peminat. Orang masih nak lihat saya menyanyi, apa lagi yang saya boleh katakan selain memanjatkan syukur. 

“Saya seronok dapat berinteraksi secara langsung dengan peminat dengan lebih dekat dimana ia memberikan kepuasan buat saya. ‘Vibes’ dia agak lain bila kita buat persembahan seperti ini.

“Saya rasa perkara sebegini perlu diteruskan dan dijadikan contoh oleh pihak lain yang menganggap artis-artis lama sudah tidak relevan,” katanya. 

Bagi penyanyi popular Haqiem Rusli pula, sudah bergelar Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian bukan alasan untuk dia tidak lagi mahu menyertai program seperti ini, malah dia sentiasa menantikan Konsert Jelajah Suria. 

“Suria FM banyak bantu saya sejak dari zaman awal kemunculan saya dahulu. Walaupun ketika itu saya masih belum ada nama lagi, tetapi Suria FM antara yang terawal yang terawal memutarkan lagu pertama saya iaitu Segalanya. 

“Sebab itu saya menghargai jasa Suria FM dan saya akan sentiasa turun untuk menyokong Konsert Jelajah Suria setiap kali mereka anjurkan jika jadual saya mengizinkan. Sepatutnya minggu depan di Kuala Lumpur juga saya turut serta, tetapi jadual tidak mengizinkan.

“Soal sudah bergelar Artis Paling Popular itu bukan alasan untuk saya tidak mahu lagi turut serta program-program seperti ini. Sebagai penyanyi, inilah kerja kami. Untuk menghiburkan dan bertemu peminat. 

“Program-program seperti inilah yang kami perlu turun. Mungkin di Kuantan ini jarang ada program hiburan, jadi bila Suria buat konsert jelajah ini kenalah turun sebab ramai peminat yang nak jumpa di sini,” ujarnya. 

Selain dihiburkan dengan persembahan daripada artis-artis popular, pengunjung yang hadir juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila Suria FM turut memberikan sebuah motosikal kepada pengunjung bertuah di setiap lokasi jelajah. Penaja bersama iaitu AC Gas turut memberikan wang tunai sehingga RM500 kepada pengunjung malalui sesi cabutan bertuah.

Anggun Cotton Collection turut membawa duta mereka iaitu Yana Samsuddin untuk bertemu peminat dan membuka gerai jualan menjual koleksi eksklusif mereka sempena Jelajah Suria dengan tawaran serendah RM100 untuk tiga pasang baju. 

Berbaki satu sahaja lagi lokasi bagi sesi Jelajah Suria kali ini iaitu di Tropicana Garden Mall Petaling Jaya pada 4 Mac ini dimana untuk konsert penutup ini Suria FM akan membawakan barisan artis popular seperti Misha Omar, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Dolla, Akim And The Masjistret serta ramai lagi. – Getaran, 27 Februari 2023.


 

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Syamsul Yusof Nafi Pukul Isteri, Dedah Puteri Sarah Akui Sudah Ada Orang Lain

oleh Helmi Anuar

Selebriti 5 jam yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

Namun begitu, video TikTok yang mencatat tontonan hampir dua juta tersebut telah mengundang reaksi yang pelbagai.

oleh Wafa Aula

Muzik 1 hari yang lalu

Jay Jay Dan Ernie Zakri Jadi Pilihan Siti Nurhaliza Untuk Konsert Satu Suara Vol.3 

Jay Jay dan Ernie Zakri masing-masing teruja apabila dipilih sendiri oleh penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza bagi menjayakan konsert amal Satu Suara Vo...

oleh Helmi Anuar

Selebriti 15 jam yang lalu

Jangan Permainkan Simbol Syahadah! Yang Masalah Individu, Bukan Agama - Nabil Ahmad

oleh Wafa Aula