web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'SoundCircus Weekender':  Festival Muzik Hujung Minggu Yang Ditunggu Penggemar Indie Rock

Seramai 20 pemuzik bakal beraksi dalam festival muzik ‘SoundCircus Weekender’ di hab komuniti dan budaya terkenal, REXKL pada 4 dan 5 Mac ini, bermula 10 pagi.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 3:23PM

Barisan pemuzik yang akan beraksi di festival ‘Soundcircus Weekender’.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 20 barisan pemuzik bakal beraksi dalam festival muzik selama dua hari  ‘Soundcircus Weekender’ di hab komuniti dan budaya terkenal, REXKL pada 4 dan 5 Mac ini, bermula seawal jam 10 pagi.

Mereka adalah The Sigit (Indonesia), Mooner (Indonesia), Sweetass, Bunkface, Noh Salleh & Restoe Iboe Band, Iqbal M, Flop Poppy, A.C.A.B, Grey Sky Morning, Naratu, Budak Nakal Hujung Simpan, Jemson, Margasatwa, Impatient Sisters, Republic of Brickfields, Asyrfnsir, Yonny Boii, Kmy Kmo dan Lucka Sickta.

Dianjurkan Art of Speed Malaysia (AOSM) yang juga peneraju pertunjukan lifestyle alternatif dan juga indie bersama produk peranti elektronik BRO ASIA buat julung kalinya, festival ‘SoundCircus Weekender’ merupakan medan pengumpulan pengkarya muzik dari dalam dan luar negara dengan menghidangkan cita rasa muzik segar masa kini demi memuaskan halwa telinga peminat dan pengikut acara ini.

Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia & SoundCircus, Asep Ahmad Iskandar berkata, acara ‘SoundCircus Weekender’ pada tahun ini, selain mengambil tempat di bangunan pawagam lama yang diberi nafas baharu iaitu REXKL, yang berada di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur, ia juga diadakan secara stand-alone tanpa acara tahunan AOSM yang biasanya diadakan di MAEPS, Serdang.

“Bermula pada 2017, SoundCircus merupakan sebuah ‘gig’ kecil yang bertujuan menyediakan ‘platform’ khusus bagi penggiat muzik arus perdana dan terutamanya underground untuk mempersembahkan hasil karya mereka.

“Pada 2019, disebabkan respon yang menggalakkan daripada pengunjung, lokasinya diubah ke luar dewan utama acara AOSM bagi menampung penambahan jumlah pengunjung seramai 5,000 orang.

“Pada tahun ini pula, AOSM turut mempelawa BRO ASIA, sebuah jenama baharu dalam industri peranti elektronik di Malaysia yang ingin menunjukkan sokongannya terhadap AOSM dalam penganjuran acara muzik ‘SoundCircus Weekender’ ‘selain berpeluang memperkenalkan jenama mereka kepada pengunjung serta peminat acara muzik secara ‘live’ tanpa henti,” katanya.

Asep turut menyifatkan pemilihan REXKL sebagai lokasi yang tepat dan sesuai dengan penganjuran kalinya festival muzik ‘SoundCircus Weekender’ yang bergenre indie rock, apatah lagi ia diadakan selama dua hari pada hujung minggu.

Asep Ahmad Iskandar
Asep Ahmad Iskandar

''Pemilihan band adalah berdasarkan suara kolektif komuniti yang telah disenaraikan pendek oleh mereka yang peka dengan perkembangan muzik semasa,'' katanya.

Asep menjangkakan pengunjung yang bakal hadir rata-ratanya terdiri daripada peminat muzik indie sehingga hip-hop berumur antara 18 sehingga 40 tahun.

Beliau turut memaklumkan, selain itu ‘Battle of The Bands’ turut diadakan pada sebelah siang, yang akan disertai 10 kugiran muzik baharu yang bergenre indie, rock dan reggae dengan jumlah lebih 30 artis serta kugiran yang bakal menghiburkan pengunjung..

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan acara ‘SoundCircus Weekender’, tiket 2 hari serendah RM158 masih dijual, sila layari https://scf.artofspeedmy.com/ untuk pembelian. - Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon