web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NewJeans - Kumpulan K-Pop Terpantas Lakar Lagu Di Carta Billboard Hot 100+, Tewaskan Blackpink, BTS 

NewJeans kini menjadi kumpulan K-pop ketiga dalam sejarah yang berjaya mengekalkan kedudukan mereka selama tiga minggu berturut-turut di Hot 100 selepas enam bulan lancarkan kerjaya muzik mereka. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 5:11PM

NewJeans - Gambar dari Instagram newjeans_official

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lepas, single baharu NewJeans berjudul "OMG" telah mula tersenarai di di tangga di No. 91 di Hot 100 iaitu carta mingguan Billboard lagu-lagu paling popular di Amerika Syarikat. 

Ia sekali gus menjadikan mereka kumpulan K-pop terpantas dalam sejarah untuk mencatatkan  penyertaan dalam carta muzik tersebut. 

Pada 31 Januari waktu tempatan, Billboard mengumumkan bahawa kedudukan "OMG" telah mendaki nombor 79 pada minggu kedua di Hot 100, menandakan kedudukan tertinggi NewJeans dalam carta.

Selain itu, single pra-keluaran NewJeans iaitu "Ditto" berjaya kekal dalam carta untuk minggu ketiga berturut-turut, kekal stabil pada nombor 89.

NewJeans kini menjadi kumpulan K-pop ketiga dalam sejarah yang berjaya mengekalkan kedudukan mereka selama  tiga minggu berturut-turut di Hot 100, selepas BTS dan BLACKPINK, 

Apa yang menarik, ia hanya dilakukan dalam tempoh enam bulan sejak kerjaya muzik mereka dilancarkan serta disifatkan kumpulan K-pop yang paling terpantas mencatatkan kejayaan tersebut. 

NewJeans disifatkan kumpulan Kpop yang paling terpantas mencatatkan kejayaan.
NewJeans disifatkan kumpulan Kpop yang paling terpantas mencatatkan kejayaan.

Tidak hanya itu, ‘OMG’ juga berjaya naik di tangga nombor 5 pada minggu keempat dalam carta Jualan Lagu Digital Dunia Billboard, dengan "Ditto" kekal stabil di nombor 7 pada minggu keenam.

Sementara itu, dalam carta global Billboard, "Ditto" kekal kukuh di nombor 9 dalam carta Global Excl. A.S. dan nombor 11 pada Global 200, manakala "OMG" menduduki tempat nombor 12 pada kedua-dua carta minggu ini.

Namun, ada di kalangan BTS ARMY (fanbase BTS) yang melontarkan kecaman buat kumpulan K-Pop yang dianggotai Minji, Hanni, Danielle, Haerin and Hyein ini apabila syarikat multi hiburan South Korea Hybe Corporation dilihat seolah-olah mahu memberikan laluan untuk memberikan promosi yang lebih kepada NewJeans berbanding BTS. 

Hybe Coporation mempunyai beberapa anak syarikat termasuk Big Hit Entertainment yang dinaungi BTS serta Ador yang dinaungi NewJeans. – Getaran, 1 Februari 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 5 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN