web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Nak Kahwin, Tetapi Kak Ogy Dilamar Untuk Muzikal Wajah Rahsia Hati Di Kota Singa

Lamaran yang diterima oleh seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud bukanlah lamaran untuk menamatkan zaman solo, sebaliknya adalah untuk melakukan persembahan muzikal di Singapura.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 5:34PM

Fauziah Ahmad Daud - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini nama seniwati terkenal, Fauziah Datuk Ahmad Daud telah menjadi tajuk utama berita tempatan gara-gara satu hantaran yang dibuatnya di Instagram.

Dalam hantaran yang kini telah pun dipadam, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Kak Ogy memberitahu bahawa dirinya telah dirisik, kemudian dia telah dipinang dan pinangan itu telah pun diterima. 

Disebabkan itu, ramai netizen yang membuat spekulasi bahawa bintang yang berusia 60 tahun ini bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

Namun ternyata jangkaan netizen itu meleset sama sekali kerana dia sebenarnya dilamar untuk membuat persembahan muzikal di Singapura yang diberi nama Muzikal Wajah Rahsia Hati. 

Menurut pelakon filem Ali Setan ini, bukan niatnya untuk sengaja mencipta gimik atau memperdaya netizen dengan hantaran sebegitu.

Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud

“Memang benar penganjur muzikal ini iaitu Hafeez Glamour datang merisik. Dia merisik saya pada tahun 2017 lagi. Dia tunggu selama lima tahun untuk meminang. Lepas itu pinangan dia itu diterima. 

“Betullah maksud sayakan. Dan saya kata majlisnya akan berlangsung minggu hadapan bermaksud hari ini (5 Disember). Mereka (netizen) yang berfikiran luar dari kotak. Mereka ingat asaya nak menikah. Saya tak sebut pun saya menikah. 

“Sewaktu saya menaip untuk buat hantaran berkenaan saya tak terfikir pun nak buat gimik ke viral ke dan sebagainya. Saya memang tak ada niat untuk ke arah itu. Saya tak sangka orang akan terus berfikiran sebegitu,” katanya ketika ditemui di sidang media Muzikal Wajah Rahsia Hati yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara. 

Bercerita mengenai pementasan muzikal yang bakal berlangsung pada 11 Februari tahun hadapan, kata Kak Ogy, muzikal ini akan menceritakan tentang perjalanan kehidupan seorang Fauziah Datuk Ahmad Daud.

“Objektif muzikal ini diadakan adalah saya nak terangkan kepada semua bahawa ‘I am just a human being. 

“Saya juga punya hati dan perasaan. Tak salah kalau saya nak menangis. Mungkin anda sering lihat saya menangis dalam filem atau drama tetapi itu hanyalah tuntutan watak. 

“Sebagai manusia biasa saya juga pernah jatuh cinta, putus cinta, pernah merasa kekecewaan di hati. 

“Ramai juga yang ingin tahu bagaimana Fauziah Datuk Ahmad Daud pernah jatuh satu ketika dahulu dan dia bangkit semula. Saya mahu memberi inspirasi kepada orang di luar sana seperti mana mereka memberi inspirasi kepada saya sepanjang kerjaya saya,” ujarnya.

Fauziah pada sidang media teater Muzikal Wajah Rahsia Hati. 
Fauziah pada sidang media teater Muzikal Wajah Rahsia Hati. 

Konsep pementasan muzikal ini nanti akan dirangkumi dengan elemen nyanyian, monolog dan lakonan yang akan diselang seli selama satu jam setengah.

Ditanya apa yang membuatkan beliau berani untuk membuat persembahan seperti ini di usia 60 tahun, kata Kak Ogy usia bukanlah penghalang.

“Age is just a number! Bagi saya tiada yang mustahil dalam dunia ini. Antara nak dengan tak nak sahaja, Semuanya dalam minda anda. Jadi kenapa tidak saya ambil peluang ini? Peluang seperti ini, Allah tak akan beri kepada kita setiap hari. 

“Di usia 60 tahun ini, ramai orang akan berfikir adakah dia boleh lakukan ini? Jika anda tanya saya sekarang, saya akan jawab ya saya boleh lakukannya dengan latihan yang betul. 

“Ini merupakan satu tanggung jawab yang besar tetapi bukan satu bebanan untuk saya. Perkataan itu tiada dalam kamus hidup saya. Lagi dicabar, lagi seronok saya rasa kehidupan ini

“Saya juga mahu memberi inspirasi kepada artis-artis lain yang takut dan mempunyai stigma bahawa orang akan mengata begitu begini.

“Kenapa anda perlu hidup berlandaskan persepsi orang? It’s your life. You create your life and the ending of your life. Tuhan dah beri peluang, just grab it!

“Untuk pementasan istimewa ini, Kak Ogy telah memilih teman-teman yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini untuk menulis skrip serta mengarahkan muzikal ini. 

“Slen Fadzil dan Zurina Waji telah diberikan mandat untuk menulis skrip, makakala Che Kem pula diberikan tanggungjawab untuk duduk di kerusi pengarah. 

Fauziah bersama tenaga kerja teater Muzikal Wajah Rahsia Hati. 
Fauziah bersama tenaga kerja teater Muzikal Wajah Rahsia Hati. 

Sementara itu, penerbit eksekutif muzikal terbitan Dstar Management ini iaitu Hafeez Glamour pula tertarik dengan kehebatan Fauziah Datuk Ahmad Daud sejak kali pertama dia melihat persembahan monolog primadona itu pada tahun 1996. 

“Saya sangat kagum melihat persembahan monolog beliau selama 45 minit yang berlangsung di DBKL pada ketika itu. 

“Tetapi pertemuan kali pertama kami adalah pada tahun 2017 di Singapura sewaktu konsert Rahimah Rahim. Saya merupakan pengacara dan penulis skrip untuk konsert itu. Saya bertemu dengan Kak Ogy dan berpeluang mewawancara beliau untuk program radio. 

“Selepas dari itu, kita sering berhubung dan pada satu hari saya ada memberi cadangan kepadanya. Apa kata jika dia buat persembahan monolog di Singapura?

“Tetapi beliau mencadangkan supaya buat lebih dari sekadar monolog iaitu muzikal. Cubaan pertama saya gagal. Tetapi Alhamdulillah pada tahun ini, akhirnya beliau bersetuju untuk melakukan muzikal ini,” ujarnya. 

Ditanya kenapa dia memilih Fauziah Datuk Ahmad Daud berbanding artis-artis yang lain, kata Hafeez dia menyifatkan Kak Ogy ibarat sebutir berlian.

“Beliau adalah berlian nusantara. Orang mungkin tak nampak, tetapi saya nampak ada sesuatu pada diri beliau. 

“Beliau adalah anak Singapura, dilahirkan di Singapura dan disayangi oleh orang Singapura. Itu yang membuatkan saya yakin untuk membawa beliau membuat persembahan di Singapura. 

“Beliau adalah seorang seniwati dan primadona. Selagi dia masih hidup, kita harus angkat beliau. Ini adalah waktu yang tepat untuk kita mengiktiraf beliau dengan satu persembahan muzikal,” kongsinya. 

Pada persembahan muzikal itu nanti akan turut ditampilkan dua bintang popular dari Singapura iaitu Fuad Rahman dan Hazrul Nizam sebagai penyanyi undangan. 

Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket, boleh layari laman sesawang ww.ticketmaster.sg. Harga tiket bermula dari $78 sehingga $148 (Meet & Greet). – Getaran, 6 Disember 2022.


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...