Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cliff Umar Tidak Mahu Berbicara Soal Peribadi Kerana Enggan Buka Aib

Sebelum ini nama Cliff Umar pernah terpalit dengan kontroversi apabila bekas isterinya mendakwa dia telah mengabaikan nafkah untuk anak-anak.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 2:02PM

Cliff Umar - Gambar dari PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi yang juga juara Gegar Vaganza musim ketujuh, Cliff Umar mengambil pendekatan untuk tidak membicarakan soal peribadinya kepada umum biarpun bekas isterinya pernah mendedahkan bahawa dia mengabaikan nafkah anak-anak.

Cliff atau nama sebenarnya Umar Joseph Abdullah, 40, berkata dia tidak mahu membuka aib sesiapa andai dia memberikan kenyataan.

“Jika saya mahu memberikan kenyataan tentang masalah peribadi, saya seolah-olah meletakkan diri saya sama seperti pihak sana. Jika perkara itu berlaku, bukankah saya membuka aib dia? Perlukah saya buat begitu? Saya rasa tak perlu. Jadi biarkan.

“Dia seorang emak, dia mesti nak kejar ‘sesuatu’ untuk anak-anak dia. Tak salah. Saya juga punya kesilapan sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Kolaboraci – Three To Rock di ibu kota. 

Cliff Umar
Cliff Umar

Ditanya apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut, vokalis kumpulan Project Pistol ini berkata, dia sedang bekerja keras memenuhi segala undangan nyanyian.

“Saya cuba dan terus mencuba. Di mana ada peluang untuk berkembang saya akan masuk. Tak senang main muzik di sini (Malaysia). Kerjaya saya naik turun naik turun. Keluar TV sekejap. Padahal saya berada dalam industri sudah lebih 20 tahun. Tak ada orang kenal pun. Kerana saya tak kejar populariti, saya lebih pentingkan seni,” ujarnya.

Berbicara mengenai soal kerjaya, terbaru Cliff bakal membuat persembahan dalam sebuah Konsert Kolaboraci – Three To Rock yang bakal berlangsung di SMESCO Convention Hall, Jakarta, Indonesia pada 25 November ini.

Barisan artis yang bakal membuat persembahan dalam sebuah Konsert Kolaboraci – Three To Rock.
Barisan artis yang bakal membuat persembahan dalam sebuah Konsert Kolaboraci – Three To Rock.

Konsert ini menggabungkan rockers hebat dari Indonesia, Malaysia dan Singapura. Antara yang turut berkongsi pentas pada malam itu nanti ialah Man Kidal, Lola XPDC, Yazid Lovehenuters (Singapura), Kumpulan BIP (Indonesia), Pindad Rock Star (Indonesia), Erik & The Gotune (Indonesia) dan Jhon Barhaend (Indonesia). 

“Saya sangat teruja untuk membuat persembahan dalam konsert ini kerana saya membesar mendengar lagu-lagu legenda rock ini. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk kita semua berkolaborasi.

“Saya juga sangat teruja untuk berjumpa pemuzik-pemuzik dari Indonesia dan serap segala ilmu dan informasi dari mereka. Mereka boleh mengendalikan alat muzik yang lama, tetapi bunyi yang dihasilkan sangat dahsyat. Itu yang saya nak belajar dengan mereka,” kongsinya. 

Terlanjur berbicara soal kerjaya, ditanya apa khabarnya dengan kumpulan Project Pistol yang sudah lama tidak muncul bersama. Kata Cliff, salah seorang anggotanya iaitu Edrie Hashim kini sedang sibuk bersama kumpulan Wings.

“Project Pistol tak akan mati. Bila-bila masa akan ada kerana kami bermula sebagai sebuah projek. Bila Edrie rasa sesuai untuk kita masuk studio, kita akan masuk studio. 

“Buat masa sekarang saya rasa dia lebih sesuai untuk ‘push’ Wings. Kami (Project Pistol) masih muda, jadi saya rasa komitmen Edrie perlu diberikan lebih kepada Wings berbanding Project Pistol,” katanya mengakhiri perbualan. – Getaran, 27 Oktober 2022.

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 19 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran