Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsert GV9 - Pat Candy Tersingkir, Shila Amzah Mengganas, Jaclyn Victor Dan Aina Abdul Menggila! 

Buat julung kalinya untuk Gegar Vaganza musim kesembilan ada peserta yang mendapat markah 90 peratus ke atas. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 2:00PM

Dari kiri, Shila Amzah, Pat Candy dan Jaclyn Victor - Gambar dari Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung malam tadi menyaksikan ramai bintang yang memukau tatkala menyampaikan lagu duet bersama artis jemputan.

Antara yang paling memukau penonton sehingga menjadi sohor di media sosial saat ini tentunya persembahan dari Jaclyn Victor dan Aina Abdul yang menyampai lagu Cinta dendangan asal Marsha Milan.

Jaclyn Victor dan Aina Abdul
Jaclyn Victor dan Aina Abdul

Kedua-dua mereka mendapat tepukan yang gemuruh serta standing ovation dari penonton termasuk  juri tetap iaitu Hetty Koes Endang. 

Seperti kata Hetty, jika dia sudah memberikan standing ovation tiada banyak perkara yang harus dikomen tentang persembahan itu. 

Hetty Koes Endang
Hetty Koes Endang

Datuk Ramli MS pula memanggil semula Aina Abdul ke atas pentas untuk memberitahu bahawa Aina adalah rujukan untuk penyanyi generasi masa kini. 

“Saya berharap kamu berdua akan menyanyi sehingga ke akhir hayat anda,” kata Datuk Ramli. 

Seperti yang diduga, Jaclyn Victor muncul sebagai juara mingguan pada malam tadi dengan pungutan markah sebanyak 92 perarus.  

Shila Amzah pula kembali bangkit dari kekecewaan minggu lalu apabila membuat persembahan yang lincah dan penuh bertenaga menyampaikan lagu Tamparan Wanita bergandingan bersama Mimy Fly. 

Shila dan Mimy
Shila dan Mimy

Kedua dua mereka menyanyi sambil berdansa bersama penari-penari latar ibarat menonton sebuah persembahan konsert K-pop!

Gandingan Fuad Rahman bersama Naqiu juga tidak kurang hebatnya apabila berjaya menyampaikan lagu Gemuruh dendangan asal Search dan Wings dengan begitu baik sehingga berjaya menempatkan Fuad di kedudukan tiga teratas.

Fuad dan Naqiu
Fuad dan Naqiu

Malang buat Pat Candy yang menyampaikan lagu Babak Pertama duet bersama Aepul Roza apabila dirinya sekali lagi berada di kedudukan dua terbawah bersama Asheed. Namun dia harus akur untuk meninggalkan pentas GV9 apabila hanya nama Asheed yang dipanggil sewaktu segmen Ada Lagu Ada Lagi. 

Sewaktu memberikan ucapan selamat tinggal, Pat sempat berseloroh bahawa momen minggu lalu apabila dia terselamat dari penyingkiran merupakan raptai baginya.

Pat Candy dan Aepul Roza
Pat Candy dan Aepul Roza

Pat sewaktu ditemui di sidang media sejurus tamat konsert berkata, setiap minggu dia sudah bersedia untuk disingkirkan. 

“Saya memang sudah bersedia terkeluar. Bermula dari minggu kedua, setiap kali tiba segmen Ada Lagu Ada Lagi, saya selalu rasa saya yang akan tersingkir. 

Pat Candy
Pat Candy

“Tetapi saya sangat bersyukur kerana untuk sampai ke minggu kelima ini pun sudah cukup jauh bagi saya,” katanya yang akan mengeluarkan single terbaru bersama kumpulan Candy tidak lama lagi. 

Menurut ketua juri iaitu Ramli MS, masalah utama dalam persembahan Pat adalah lagu yang dipilih tidak setara dengan energinya.

Ramli MS,
Ramli MS,

“Lagu itu adalah lagu solo yang dinyanyikan oleh penyanyi lelaki. Bila nyanyikan lagu itu secara duet, akan ada masalah kerana ‘range’ mereka berbeza. Kalau dia pilih pasangan duet perempuan mungkin okay. Lagu ini perlukan lebih energi dan kreativiti,” katanya. 

Minggu hadapan kesemua 10 peserta yang masih tinggal akan menyampaikan lagu-lagu bertemakan antarabangsa termasuklah lagu bahasa Inggeris, Cina, Korea dan sebagainya. 

Berikut adalah markah seta kedudukan peserta selepas konsert minggu kelima berakhir: Jaclyn Victor (92.40 peratus), Shila Amzah (82.40 peratus), Fuad Rahman (81.70 peratus), Bob Yusof (81.4o peratus), Tomok (79.20 peratus), Tom (76.40 peratus), VE (76 peratus), Hazrul Nizam (73.90 peratus), Dina Nadzir (67.60 peratus), Asheed (66.20 peratus), Pat Candy (58.40 peratus). – Getaran, 17 Oktober 2022

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 19 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran