Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tak Senang! Band Maliq & D'Essentials Bagi Tip 'Survive' 20 Tahun Dalam Muzik

Sepanjang pengamatan selama 20 tahun dalam bidang muzik, ramai juga band baru yang muncul namun sayangnya mereka tidak dapat bertahan.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 12:02PM

Maliq & D'Essentials kembali mengadakan persembahan di Kuala Lumpur, dengan kali terakhir ke sini adalah pada 2011. - Gambar oleh Shiraz Project

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

''Senang bisa kembali lagi ke sini, apa khabar Kuala Lumpur?.''

Pekik vokalis band terkenal Indonesia, Maliq & D'Essentials, Angga dari pentas Dewan Filharmonik Petronas untuk konsert dua dekad, Fabulous Friday pada Jumaat lalu.

Anggota yang lain iaitu Indah, Widi, Jawa, Lale dan Ilman sempat tersenyum manis di panggung. Kali terakhir mereka ke sini adalah pada 2011, kumpulan itu mengakui banyak yang telah berubah namun sokongan peminatnya di Malaysia tetap sehangat dulu.

Persembahan yang dibuka dengan lagu Setapak Sriwedari cukup membuat dewan bersorak. Penonton bangun daripada bangku dan menari sambil bertepuk tangan.

Mereka dapat bertahan selama 20 dalam dunia hiburan di Indonesia dan ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan.
Mereka dapat bertahan selama 20 dalam dunia hiburan di Indonesia dan ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan.

Maliq & D'Essentials menyanyikan 19 lagu terbaik mereka antaranya Sampai Kapan, Cinta Kau dan Dia, Untitled serta Dia. Walaupun kumpulan ini sudah mencecah usia dua dekad, namun tenaga dan semangat yang diberikan sepanjang tiga jam persembahan sungguh menakjubkan.

Dengan kecepatan dan ketangkasan dunia digital berfungsi pada hari ini, Maliq & D'Essentials turut merasakan kumpulannya juga harus selari dengan alur perubahan untuk kekal diingati sepanjang 20 tahun ini.

“Setiap tahun kami akan paksa untuk aktif berkarya agar kewujudan kami masih dirasakan. Apalagi dalam keadaan sekarang di mana algoritma kandungan yang semakin cepat. 

“Bagi kami yang bermula dalam generasi yang bukan dalam kepesatan media sosial, ia cukup mencabar untuk menghasilkan kandungan setiap hari.

''Namun mahu atau tidak, dalam keadaan hari ini, kita perlu mengejar kecepatan agar selari dengan kewujudan band baru,” kata Angga mewakili Maliq & D'Essentials kepada Getaran ketika ditemui selepas Konsert. 

Maliq & D'Essentials membuka persembahan dengan lagu Setapak Sriwedari.
Maliq & D'Essentials membuka persembahan dengan lagu Setapak Sriwedari.

Sepanjang pengamatan selama 20 tahun dalam bidang muzik, kumpulan yang pernah memenangi Album Jazz Terbaik Anugerah Muzik Indonesia 2008 ini merasakan walaupun banyak kumpulan muzik baru muncul di negara itu setiap tahun, namun tidak semuanya bersedia mengharungi jatuh bangun dalam industri seni.

“Sepanjang 20 tahun di dalam industri ini dapat kita lihat band seperti apa yang berjaya untuk bertahan. Memang banyak band yang muncul, tapi tidak semuanya bersedia untuk berperang di medan industri. Di Indonesia, memang banyak band yang muncul. Tapi tak semuanya bersedia. Jadi kami cuba untuk memberikan yang terbaik semasa persembahan. Jika tidak, kami pasti tenggelam,” jelas Angga lagi.

Pernah hilang semangat kerana tidak dapat membuat persembahan akibat pandemik COVID-19, Maliq & D'Essentials menterjemah seluruh perasaan itu melalui album yang baru diluncurkan pada Februari lalu bertajuk RAYA. Ia sekali gus menjadi penutup kepada mini album RAYA Part 1 dan RAYA Part 2 pada Ogos dan Oktober tahun lalu.

Maliq & D'Essentials menyanyikan 19 lagu terbaik pada Konsert Fabulous Friday, Jumaat lalu.
Maliq & D'Essentials menyanyikan 19 lagu terbaik pada Konsert Fabulous Friday, Jumaat lalu.

“Tempoh tersebut memang sukar kerana kami tidak mendapat undangan untuk mengadakan persembahan. Namun kami tetap masuk studio dan berusaha melakukan apa yang kami suka selama ini. Jadi RAYA dipilih sebagai tajuk bagi meraikan perasaan serta tanda semangat kami menghadapi pandemik,” cerita Indah.

Terdahulu, Shiraz Project menerbangkan Maliq & D'Essentials untuk konsert Fabulous Friday selepas kejayaan konsert penyanyi Kunto Aji yang juga berasal dari Indonesia pada Ogos lalu. - Getaran, 17 Oktober

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 5 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran