web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aksi Penyanyi Indonesia, Pamungkas Gosok Telefon Pintar Pada Kemaluan Buat Netizen Jijik

Biarpun dikecam netizen, Pamungkas tetap mempertahankan tindakannya kerana menurutnya ada penyanyi lain yang lebih berkelakuan sumbang di atas pentas yang sama.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2022 5:00PM

Pamungkas menggosok telefon pintar peminat di bahagian kemaluannya sendiri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering kali kita melihat selebriti mengambil telefon pintar peminat untuk merakam gambar swafoto, tetapi lain pula yang berlaku buat penyanyi dari Indonesia yang dikenali sebagai Pamungkas.

Dalam video berdurasi 15 yang tular di media sosial, penyanyi berkenaan dilihat telah menggosok telefon pintar peminat di bahagian kemaluannya sendiri sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Aksi keterlaluan itu lantas mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya jijik dengan perbuatan penyanyi berusia 29 tahun itu.

Malah ada juga netizen yang membuat spekulasi bahawa Pamungkas sedang berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol sewaktu membuat aksi sebegitu.

Menyedari dirinya menjadi tular dan disebut-sebut netizen, Pamungkas tampil membuat penjelasan dalam sebuah hantaran yang kini telah pun dipadamnya.

Pamungkas berkata, apa yang berlaku di atas pentas itu hanyalah sekadar layan mesra terhadap peminat setianya.

“Ia adalah salah satu cara saya berinteraksi bersama peminat. Dan Ia adalah pengalaman yang membahagiakan sesama kami,” katanya.

Pamungkas juga turut mempertahankan tindakannya di atas pentas apabila ada yang mendakwa dia berkelakuan lucah bersama peminat.

“Ada penghibur di atas pentas yang sama yang telah melakukan perkara yang lebih teruk dari saya. Mereka memeluk wanita di atas pentas sambil menyanyi.

“Manakala saya cuma beraksi berasama telefon pintar. Kenapa anda tidak mengecam aksi itu?,” katanya.

Tambahnya lagi, pada mulanya dia mahu mendiamkan diri dan tidak mahu ulas tentang perkara ini, namun terpaksa bersuara selepas pengurusnya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas gara-gara mengalami tekanan dengan kontroversi ini.  

Pamungkas sempat memuat naik gambar telefon bimbit bersaiz mini di akaun Instagram dengan menulis kapsyen ‘akhirnya telah lahir’ yang merupakan sarkastik terhadap insiden yang berlaku di atas pentas. - Getaran, 12 Oktober 2022

 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 13 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN