web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tertekan’ Suara Hilang Sejak Julai, Ara Johari Tetap Teruskan Showcase Demi Peminat

Akui tertekan kerana hilang suara sejak Julai lalu, namun Ara tetap bersemangat untuk menghiburkan para peminatnya yang telah membeli tiket untuk menonton persembahannya di showcase ‘A Night With Ara Johari’.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 3:00PM

Ara menyampaikan 10 buah lagu pada showcasenya. - Gambar ihsan Rocket Fuel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lalu, penyanyi bersuara hebat, Ara Johari telah menjayakan sebuah ‘showcase’ A Night With Ara Johari yang bertempat di PJ Pac Petaling Jaya dan dihadiri oleh 200 penonton.

Pada malam ‘showcase’ itu, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 25, telah menyampaikan 10 buah lagu termasuk lagu hitnya seperti Warkah Untukku dan Bunga.

Namun di sebalik keceriaan Ara berinteraksi dengan penonton pada malam itu, terselit kegusaran di dalam hatinya kerana sejak Julai lalu, suaranya mula hilang.

“Saya mula sakit tekak pada 24 Julai lalu kerana demam. Selepas itu saya batuk tanpa henti. Suara saya menjadi serak dan tekak saya sakit. Ada kalanya okay, ada kalanya sakit itu datang kembali.

“Sebenarnya dua hari sebelum ‘showcase’ ini saya dah rasa okay, tetapi kemudian ia datang balik. Saya telah pergi buat pemeriksaan dengan doktor, katanya pita suara saya ada masalah sedikit.

“Saya sangat risau sebenarnya dengan keadaan ini kerana kita bekerja menggunakan suara.

“Itulah punca rezeki saya. Saya takut andai satu hari nanti saya bangun tiba-tiba saya dah tak boleh menyanyi. Tetapi saya akan cuba sedaya untuk ikut nasihat doktor dan menjaga pemakanan,” katanya.

Kata Ara lagi dia telah cuba menjaga pemakanan dan mendapatkan kembali suara asalnya dalam tempoh dua bulan sebelum menjelang ‘showcase’ tetapi suaranya masih kedengaran kasar sedikit.

“Serak-serak tu masih ada. Tetapi saya sudah cuba berikan yang terbaik untuk ‘showcase’ ini. Saya harap penonton semua okay dan terhibur walaupun saya terpaksa turunkan setengah ‘key’.

“Sebenarnya saya sangat tertekan. Kadang-kadang saya bertanya sendiri kenapa perkara ini perlu terjadi sekarang. Saya jadi ‘down’ kerana kita telah rancang semuanya dengan cantik tetapi tiba-tiba perkara ini terjadi dan kita tak boleh nak elak.

“Tetapi melihatkan sokongan dan semangat dari peminat saya jadi lega dan terharu sebab itu saya tak fikirkan sangat pasal sakit tekak sewaktu membuat persembahan,” katanya.

Selain peminat dan teman rapat, ‘showcase’ Ara turut dihadiri beberapa selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan, Sherry Ibrahim, Ernie Zakri, Syamel, Wany Hasrita, Amira Othman, Wany Kayrie, Syura dan ramai lagi.

“Saya sebenarnya terharu dan tak sangka akan ada rakan-rakan selebriti yang akan datang seperti Che Ta, Wany Hasrita dan yang lain-lain kerana mereka sanggup luangkan masa, kosongkan jadual mereka yang padat untuk menyaksikan persembahan saya,” luahnya gembira.

Pada malam ‘showcase’ itu juga. Ara telah menyampai dua buah lagu baharu yang belum pernah dilancarkan lagi iaitu Sudah dan Terlarang.

“Lagu Sudah telah saya rakamkan sejak dari tahun 2019. Tetapi belum sempat untuk dilancarkan lagi. Untuk lagu Terlarang pula, saya sudah cuba untuk rakam berkali-kali tetapi tak sampai kerana suara saya masih ada masalah. Minggu lalu saya cuba untuk rakam, tetapi masih tak boleh.

“Jadi selepas ini kita akan lancarkan lagu Sudah terlebih dahulu, kemudian baru kita teruskan dengan lagu Terlarang,” katanya.

Tahniah diucapkan kepada Ara Johari di atas persembahan ‘showcase’ yang sudah pun berlangsung biarpun sedang bergelut dengan masalah kesihatan. Semoga suara Ara kembali pulih dalam masa terdekat. - Getaran, 28 September 2022.

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 14 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN