web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Album Yonny (Deluxe Version) Diangkat Sebagai Album Terbaik AIM23

Dengan kemenangan itu, ia turut melayakkan Yonniboii untuk menerima trofi dan Dana Kandungan Digital bernilai RM200,000.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 10:21AM

Album Yonniboii bertajuk Yonny telah dipilih sebagai pemenang Album Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23), di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Album Yonniboii bertajuk Yonny terbitan Wolfy telah diangkat sebagai pemenang Album Terbaik pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) yang telah bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi. 

Dengan kemenangan tersebut, Yonny bersama penerbitnya bukan sahaja berjaya meraih trofi kemenangan tetapi juga menerima dana menerima Dana Kandungan Digital atau DKD Industri Muzik yang diberikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), bernilai RM200,000. 

Syamel dan Ernie Zakri
Syamel dan Ernie Zakri

Bagi pemenang kategori Lagu Terbaik Pula, ia berpihak kepada lagu Goodbye Hello nyanyian bersama Syamel dan Ernie Zakri. Lagu itu digubah Ernie dan Syamel bersama Faizal Tahir dan Mike Chan. 

Kemenangan Ernie dan Syamel menerusi lagu tersebut melayakkan mereka menerima trofi serta DKD bernilai RM50,000. 

Vanessa Reynauld
Vanessa Reynauld

Turut meraih trofi dan DKD dengan nilai yang sama adalah Vanessa Reynauld apabila dipilih sebagai Artis Baharu Terbaik AIM23.

Sementara Video Muzik Terbaik yang dimenangi lagu Gatal nyanyian Janna Nick dan diarahkan Chuan Looi pula memenangi trofi serta DKD bernilai RM20,000. 

Janna Nick
Janna Nick

DKD merupakan antara inisiatif penting kerajaan dalam membantu dan menggalakkan pengamal industri kreatif untuk menghasilkan, memasarkan serta mengedar kandungan kreatif yang tinggi nilainya kepada pasaran tempatan serta antarabangsa. 

Malam kemuncak AIM23 yang bertemakan Glam & Sophisticated dikendalikan Sherry Alhadad, Awal Ashaari serta Azad Jazmin sebagai hos. 

Ia dihangatkan dengan persembahan 20 penyanyi hebat tanah air iaitu Ahmad Syafiq, Aina Abdul, Amir Masdi, Aufahanie, Datuk Seri Siti Nurhaliza, De Fam, Ella, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Insomniacks, Iss Arffan, Kaka Azraff, Liza Hanim, Marsha Milan, Nikki Palikat, Rian Shain dan Vanessa Reynauld.

Malah, artis tanah air dan seberang yang pernah atau masih mencetuskan trending menerusi lagu masing-masing di laman media sosial seperti TikTok, Spotify mahu pun Instagram iaitu Janna Nick, Naufal dan Nuha serta Keisya Levronka turut beraksi pada malam itu. 

Penyampai trofi pula terdiri daripada Datuk M Nasir, Datuk Adi Putra, Ziana Zain, Firhad, Khai Bahar, Wany Hasrita, Reshmonu, Mawi, DJ Fuzz, Sasi The Don, Syamsul Yusof dan Jaclyn Victor. - Getaran, 12 September 2022. 

Berikut adalah senarai pemenang 

Artis Baru Terbaik

Vanessa Reynauld

Persembahan Vokal Terbaik

Di Dalam Lagu (Lelaki)

Arddley Nicholas

Lagu: Pilu

Persembahan Vokal Terbaik

Di Dalam Lagu (Wanita)

Ernie Zakri

Lagu: Sinar Mata Hati

Persembahan Vokal Terbaik

Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

V.E

Lagu: Tunggu

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik

Di Dalam Lagu

Shila Amzah and Liza Hanim

Lagu: Bahagiakan Dia

Video Muzik Terbaik

Pengarah: Chuan Looi

Video Muzik: Gatal

Artis: Janna Nick

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam

Filem atau Drama

Bahagiakan Dia

Shila Amzah & Liza Hanim

Komposer & Penulis Lirik: 

Aliff Iskandar & Que Afiq

Lagu Rock Terbaik

Tugu Ugut

Sekumpulan Orang Gila

Komposer: Nazrin

Penulis Lirik: Ajim Juxta

Lagu Pop Terbaik

Goodbye Hello

Syamel and Ernie Zakri

Komposer & Penulis Lirik:

Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik

CIAO

Joe Flizzow

Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions

Penulis Lirik: Joe Flizzow, Jay Park

Lagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik

Fun, Lust, Love

Late Night Frequency

Komposer & Penulis Lirik: Moja LNF

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Game of Charades

Sophia Zuhri

Komposer & Penulis Lirik: Sophia Zuhri

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Wu Ren Qian Shou De Xin Fu

Uriah

Komposer: Uriah, Jia Wang

Penulis Lirik: Hong Jian Rui

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang 

Dipersembahkan Oleh 

Artis Luar Negara

Tak Ingin Usai

Keisya Levronka

Komposer & Penulis Lirik: Mario G. Klau

Lagu Nasyid Terbaik

Thank You Allah

Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris

Komposer: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K

Penulis Lirik:

Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, 

Cat Farish, Ustaz Haris

Lagu Pop Etnik Terbaik

Adat Kasih

Ziha Salleh

Komposer: Aubrey Suwito

Penulis Lirik: Tinta

Album Terbaik

Penerbit: Wolfy

Album: Yonny (Deluxe Version)

Artis: Yonnyboii

Lagu Terbaik

Goodbye Hello

Syamel and Ernie Zakri

Komposer & Penulis Lirik: 

Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu