web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orkestra RTM, Julung Kali Iringi Persembahan Hari Kebangsaan

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2022 6:00PM

Persembahan Orkestra RTM yang dianggotai 65 pemain muzik bagi mengiringi acara persembahan dengan pimpinan konduktor, Datuk Mokhzani Ismail pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cabaran mengurus Orkestra RTM dianggotai oleh 130 ahli muzik ketika mengiringi persembahan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka hari ini akan tersimpan dalam memori Pengarah Muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail.

Berhadapan dengan cuaca panas terik di atas pentas terbuka di Dataran Merdeka tidak langsung menyebabkan melodi dipersembahkan orkestra pimpinannya yang terdiri 65 ahli muzik dan 65 penyanyi koir itu sumbang.

Menurut Mokhzani angka berkenaan adalah simbolik kepada 65 tahun negara mencapai kemerdekaan.

"Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sama ada hujan atau terlalu panas tidak membantu pada  persembahan kerana orkestra selalunya berada di tempat yang tertutup dan eksklusif. 

"Walaupun begitu, alhamdulillah cuaca hari ini sangat bagus, walaupun panas tapi lebih baik daripada hujan, persembahan tadi berjalan dengan lancar, setiap segmen setiap bahagian dapat diselesaikan dengan jayanya," katanya kepada Bernama.

Beliau yang telah 33 tahun berkhidmat dengan RTM turut meluahkan rasa bangga kerana buat julung kalinya dapat membawa persembahan orkestra tertua negara itu secara langsung kepada Keluarga Malaysia ke Dataran Merdeka bagi memeriahkan sambutan. 

"Selepas pandemik, kita dalam suasana yang sederhana dan hari ini kita kembali dalam suasana yang meriah tapi saya harapkan persembahan yang julung kali ini yang akan menjadi ingatan buat kita khususnya rakyat Malaysia. 

Antara lagu-lagu yang didendangkan oleh Orkestra RTM hari ini ialah Nyalakan Tekad, Malaysia Berjaya, Gemuruh, Warisan, dan lagu tema sambutan bulan kebangsaan tahun ini iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama, nukilan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kemeriahan Menjelang Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 semakin dirasai

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mascot, Wad Pediatrik Berwajah Baharu Ceriakan Sambutan Hari Kebangsaan KPJ Klang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu