Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsert Yang Menghiburkan, Kehebatan Ziana Dan Anuar Sukar Dicari Ganti!

Gabungan dua beradik bertaraf ‘superstar’ dalam sebuah konsert julung kali diadakan ini nyata berjaya menghiburkan seluruh penonton yang hadir dengan rangkaian lagu popular dan alunan vokal yang mantap.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 8:05PM

Gambar ihsan pengelola konsert

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur telah pun berlangsung dengan jayanya dan meninggalkan kenangan terindah buat peminat-peminat dua bintang kesayangan ramai ini.

Kedua-dua beradik ini yang buat julung kalinya bergabung di atas pentas konsert yang sama ini tampil dengan sebuah repertoire yang cukup unik dan tersendiri di hadapan hampir 3,000 penonton yang membanjiri Dewan Plenary KLCC 6 Ogos lalu.

Konsert pada malam itu dimulakan dengan lagu rancak ‘Sangkar Cinta’ dan ‘Bila Resah’ yang dinyanyikan secara duet sekali gus memecah suasana seluruh Dewan Plenary dengan sorakan peminat setia. 

Antara lagu popular Ziana yang dinyanyikan pada malam itu adalah ‘Puncak Kasih’, ‘Anggapanmu’, ‘Menadah Gerimis’ serta ‘Madah Berhelah’ yang diberikan nafas baru.

Ziana turut membuat kejutan apabila menyanyikan lagu yang jarang dinyanyikan beliau iaitu ‘Terlerai Kasih’. 

Menurut Ziana, lagu ini hanya pernah dinyanyikan secara langsung di hadapan penonton sewaktu beliau menjayakan acara pencalonan Muzik-Muzik kira-kira lebih 20 tahun lalu. 

Memang bertuah peminat yang hadir ke konsert malam itu kerana dapat mendengar alunan merdu suara Ziana menyampaikan lagu ini dengan cukup baik, persis mendengar di dalam album.

Satu yang pasti apabila anda hadir ke konsert yang melibatkan Anuar Zain, peminat akan berteriak dan menjerit bak histeria. 

Tambahan pula, Anuar rajin turun ke kerusi penonton untuk berada lebih dekat dengan peminat. Malah, ada peminat yang sanggup kejar Anuar dari tempat duduk paling atas, semata-mata mahu melihat idola mereka itu dengan lebih dekat. 

Malam itu Anuar mendendangkan barisan lagu hit beliau termasuk ‘Keabadian Cinta’, ‘Mungkin’, ‘Cinta Takkan Berakhir’, ‘Lelaki Ini’ dan ‘Lara’.

Di usia separuh abad, Ziana (54 tahun) dan Anuar (52 tahun) masih mampu menyampaikan lagu-lagu mereka dengan baik tanpa kedengaran lelah biarpun terdapat nota yang panjang pada setiap lagu. Sesuatu yang sangat mengagumkan.

Ziana turut memukau penonton tatkala menyampaikan lagu adiknya sendiri iaitu ‘Sedetik Lebih’. Ziana menjadikan lagu ini persis lagunya sendiri.

Bagitu juga dengan Anuar yang mempesona tatkala membawakan lagu ‘Lembah Asmara’ secara duet bersama kakaknya. Suara mereka sangat menyatu biarpun jarang berduet bersama. 

Pada malam itu, ucapan terima kasih acap kali kedengaran dari mulut dua bintang ini terutamanya buat peminat dan juga ibu bapa mereka. 

Sifat humor Ziana dan Anuar juga sering mengundang tawa seluruh peminat yang hadir tatkala melihat mereka berdua berbicara dan saling mengusik antara satu sama lain, menjadikan konsert ini sangat santai dan cukup dekat di hati penonton. 

Untuk penyanyi yang mempunyai deretan lagu popular seperti Anuar dan Ziana, ia cukup mengecewakan apabila hanya enam buah lagu solo dinyanyikan setiap seorang daripada mereka beserta  empat buah lagu secara duet 

Ia membuatkan peminat merasa tidak puas apabila lagu-lagu kegemaran tidak berada di dalam senarai repertoire Anuar dan Ziana pada malam itu. 

Penulis boleh dikira bertuah, kerana lagu ‘wishlist’ penulis telah dinyanyikan mereka berdua pada malam itu. 

Harapan penulis untuk mendengarkan Ziana mengalunkan lagu ‘Kekal’ dan Anuar menyampaikan lagu ‘Jangan Bersedih Lagi’ tercapai, meskipun mereka sekadar menyanyikan secara acapella. Namun, itu sudah memadai. 

Sewaktu ditemui di sidang media usai konsert berakhir, Ziana berkata, tidak mudah baginya untuk membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi pada usia sebegini.

“Sangat mencabar terutamanya pada usia 54 tahun  untuk menyanyikan lagu sebegini. Tetapi syukur Alhamdulilah, Allah Maha Kaya. Dapat juga kita tunaikan permintaan-permintaan peminat yang sentiasa mendoakan kami,” katanya.

Bagi Anuar pula dia berharap persembahan mereka pada malam itu sedikit sebanyak dapat membahagiakan peminat yang hadir biarpun tidak dapat menyampaikan semua lagu.

“Saya harap semua peminat terhibur dengan pemilihan lagu pada malam ini. Memang kita tak boleh nak menyanyikan semua lagu kerana kekangan waktu,” katanya.

Ditanya tentang lagu paling sukar dinyanyikan pada malam itu, Ziana lantas menjawab lagu adiknya sendiri iaitu ‘Sedetik Lebih’. 

“Lagu Anuar Zain susah tau. Susah Nuar! Anuar punya penjiwaan dalam nyanyian sangat mendalam. 

“Saya tidak memuji dia kerana dia adalah adik saya, tetapi saya melihat dia sebagai seorang penyanyi profesional. 

“Untuk dapat penjiwaan seperti Anuar bukan senang. Kena dengar berulang kali untuk dapat jiwa itu. Tak dapat 100 peratus dapat 50 peratus pun jadilah,” kongsinya. 

Pada Anuar, lagu ‘Lara’ disifatkannya sebagai antara lagu yang cukup sukar  untuk dinyanyikan kerana dia sendiri jarang menyanyikan lagu tersebut. 

“Lagu-lagu saya banyak yang mencabar. Notasinya sangat-sangat berat. Lagu yang turut mencabar untuk dipersembahkan adalah ‘Lelaki Ini’ dan ‘Cinta Takkan Berakhir’.

“Lagu-lagu Kak Ziana juga sangat susah untuk dinyanyikan kerana ia bukan lagu saya sendiri. Kalau lagu kita sendiri, ia sudah sebati di dalam jiwa. Tetapi saya harap saya dapat menghiburkan peminat kerana saya telah cuba sebaik yang boleh,” ujarnya.

Pada sidang media itu, pihak penganjur turut mengumumkan bahawa konsert mereka berdua akan dibawa pula ke negara seberang tambak iaitu Singapura yang bakal berlangsung pada 24 September 2022. 

Tahniah diucapkan kepada Anuar dan Ziana di atas penganjuran konsert yang hebat dan menghiburkan. Sememangnya penghibur seperti kalian berdua sukar untuk dicari ganti. - Getaran 15 Ogos 2022

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pempengaruh, Ceddy Ang Layak Dipuji, Tak Pernah Berhenti Menyokong Palestine

Bagi Ceddy, konflik di Palestine bukanlah semata-mata isu agama, tetapi ia adalah hal kemanusiaan. 

oleh Rahayu MN