Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Irfan Haris Harap ‘Crush’ Dengar Lagu Bisik

Lagu ‘Bisik’ dicipta oleh Irfan Haris, empat tahun lalu sewaktu sedang merindui ‘crush’ di zaman persekolahannya. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 3:35PM

Irfan Haris - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi remaja popular yang semakin meningkat dewasa, Irfan Haris, 21, muncul dengan lagu terbaru berjudul Bisik yang telah dilancarkan bulan lalu.

Menurut penyanyi yang mula menempa nama sejak berusia 15 tahun menerusi lagu Redha ini, agak sukar untuk dia menyaingi kehebatan lagu debutnya itu.

Namun bersyukur selepas lima tahun, lagu Bisik berjaya menempatkan kembali nama Irfan Haris dalam carta RIM selepas kemunculan lagu Pesan pada tahun 2017. 

“Alhamdulillah saya tak sangka lagu Bisik berjaya memasuki carta RIM selepas 12 hari dilancarkan. 

“Bila bos mesej saya ucap tahniah sebab lagu saya berjaya masuk carta, saya sangat terkejut. 

“Kali terakhir lagu saya masuk lima tahun lepas. Dalam masa lima tahun ini macam-macam yang telah saya lalui yang orang tak tahu,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Bisik. 

Irfan bersama keluarganya. - Gambar oleh Helmi Anuar
Irfan bersama keluarganya. - Gambar oleh Helmi Anuar

Bercerita mengenai lagu Bisik, lagu yang dicipta oleh Irfan dan abangnya sendiri iaitu Haiqal Iskandar serta lirik oleh Ubaidillah ini menceritakan tentang kisah seseorang yang pernah diminatinya (crush). 

“Lagu ini dicipta sewaktu saya sedang rindukan seseorang empat tahun lepas. Ketika itu saya berusia 17 tahun dan sedang dalam persiapan untuk menghadapi peperiksaan SPM. 

“Apa yang saya buat ketika itu, saya ambil gitar dan terkeluarlah melodi lagu ini secara tiba-tiba,” katanya. 

Ditanya siapakah ‘crush’ yang dimaksudkannya, adik kepada Amira Othman ini berkata, wanita itu adalah rakan sekolahnya.

“Alah biasalah cinta monyet. Masa tu pun saya masih muda, masih budak-budak. Jadi perasaan cinta tu pun macam main-main. Saya harap dia tahulah saya buat lagu ni untuk dia,” katanya.

Sambutan luar jangkaan terhadap lagu Bisik membuktikan bahawa formula ‘sendu’ yang dipraktikkan Irfan selama ini ternyata menjadi dan sering mendapat tempat di hati pendengar.

Kata Irfan, lagu berentak ‘sendu’ memang lebih diminati ramai peminatnya kerana sebelum ini dia pernah mengeluarkan lagu berentak lain, tetapi kurang mendapat sambutan. 

“Sebelum Bisik, saya sudah keluarkan lagu ‘Milik’ yang genre muziknya sedikit berbeza. Tetapi kurang dapat sambutan. 

“Jadi, saya fikir macam mana saya nak naikkan balik lagu saya. Akhirnya, saya keluarkan balik genre seperti permulaan karier saya dulu, katanya. 

Ifran Haris
Ifran Haris

Ditanya adakah dia akan terus menggunakan formula ‘sendu’ untuk membuatkan lagunya disukai ramai, kata Irfan dia mahu mencuba pelbagai jenis genre muzik. 

“Walaupun itu kemahuan orang, tetapi jika saya terus kekal dengan genre ini, saya tak boleh berkembang sebagai seorang penyanyi. 

“Saya nak jadi penyanyi yang versatile. Saya terfikir kalau satu hari nanti saya nak buat konsert, takkan kesemua 10 lagu saya nak menyanyi lagu sendu, menangis orang nanti. 

“Namun at the end of the day, menyanyi ini adalah bisnes. Ini punca rezeki saya dan saya tak nak ikut selera saya seorang. Saya kena ikut apa yang orang nak juga,” katanya. 

Ditanya lagu genre apa yang ingin dinyanyikannya selepas ini, kata Irfan dia mahu mencuba genre pop jazz. 

“Walaupun genre ini bukan market Malaysia. Tapi saya nak bereksperimentasi, saya rasa tak salah kan sebab saya masih mudakan. Kalau tak jadi, saya buat balik lagu sendu,” tuturnya. 

Selain menyanyi, Irfan juga meluahkan hasrat untuk menceburi bidang lakonan memandangkan dia menyambung pelajaran dalam bidang seni persembahan.

“Saya rasa dalam tempoh dua tahun ini, saya dapat belajar banyak benda dari kolej. Jadi, sekarang ini, saya rasa nak cuba berlakon. 

“Sebab, sebelum ini memang ada tawaran berlakon, tetapi jadual tidak mengizinkan. Jadi bila habis belajar saya boleh tumpukan pada lakonan,” katanya yang turut terinspirasi dengan kakaknya yang turut menjadikan lakonan sebagai kerjaya. – Getaran, 10 Ogos 2022. 


 

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 44 minit yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran