web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Terlalu Berharap’ Taruhan Terbaharu Rossa 

Ratu OST Indonesia, Rossa Kembali dengan lagu terbaharu berjudul ‘Terlalu Berharap’ yang merupakan runut bunyi filem 'Love Knots' ciptaan Andmesh.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 4:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa muncul dengan lagu baharu berjudul ‘Terlalu Berharap’ yang juga merupakan runut bunyi filem Love Knots.

Lagu yang telah dilancarkan secara rasmi pada 28 November lalu ini dicipta oleh Andmesh Kamaleng dan susunan muzik oleh Andi Rianto.

Menariknya mengenai lagu ini ialah orkestra yang diguna dalam lagu ini dilakukan di Budapest, Hungary.

Menurut Rossa, Andmesh sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu buatnya sejak dia menjadi peserta pertandingan realiti 'Rising Star' musim kedua dimana Ketika itu Rossa bertindak sebagai salah seorang juri.

“Saya rasa bertuah dapat menyanyikan lagu ini kerana sudah merealisasikan impian Andmesh yang mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya,” katanya ketika sidang media secara maya bersama teman media Malaysia.

Ditanya adakah lagu ini ada kena mengena dengan kehidupannya, kata pemilik nama sebenar Sri Rossa Roslaina Handayani ini, ‘Terlalu Berharap’ bukanlah kisah peribadinya, namun dia pernah melalui pengalaman menunggu seseorang selama 10 tahun.

“Saya pernah menyayangi dan mencintai seseorang lebih 10 tahun. Namun tiada jodoh di antara kami berdua dan masing-masing membawa haluan sendiri. Kalau ada teman-teman di Malaysia yang mahu carikan saya jodoh, saya senang sekali,” katanya sambil ketawa, 

'Terlalu berharap' menceritakan hubungan yang sudah lama terjalin. Namun, tanpa kepastian dan tujuan yang jelas sehingga akhirnya begitu banyak persolan timbul termasuk apakah mungkin hanya terlalu berharap. - Getaran, 22 Disember 2021.

Gambar: Instagram Rossa

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN