web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Joe Flizzow Jayakan Album Mega Hip Hop Antarabangsa THE ALGORITHM!

Joe menjadi pilihan Snoop Dogg, peluang berkolaborasi dengan ikon dunia hip hop ini ibarat mimpi jadi kenyataan.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 10:54AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikon dunia hiburan, Snoop Dogg melancarkan sebuah album gergasi iaitu ALGORITHM  (The  Global Edition) yang menghimpunkan hampir 50 bintang  hip-hop dan R&B dalam sebuah album.

Album Snoop  Dogg:  Algorithm  (The  Global  Edition) merupakan  lanjutan  kepada  album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan penyanyi dari pelbagai rantau.

Joe Flizzow dari Malaysia telah dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk menjadi salah seorang artis yang menjayakan album ini sebaris dengan artis hip-hop terkenal dunia yang lain. 

“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album karya Snoop, Algorithm (Global Edition). Method Man & Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta dengan muzik rap sebelum bergelar penyanyi.

“Berkongsi ruang dalam lagu bersama Method  Man dan Redman yang diperkenalkan oleh Snoop  Dogg ibarat mimpi jadi kenyataan. Saya rasa ini adalah salah satu impian saya yang  terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop  Dogg dalam  album terbaharu saya, Johan yang akan terbit tahun depan,” kata Joe Flizzow.

Tambahnya lagi, kerjasama ini pada awalnya hanya bermula dengan sebuah mesyuarat ZOOM antara Snoop Dogg dan dirinya. 

“Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan. Selepas itu beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja (penyanyi dari Singapura) dan saya untuk album kali ini. 

“Sebenarnya, ini adalah langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang pada masa hadapan,” kata Joe Flizzow dalam satu sidang media atas talian.

Menurut Snoop Dogg yang juga penasihat Eksekutif  Kreatif dan Strategik DefJam Recordings, album ini secara peribadi sangat dekat dengan dirinya di samping boleh meraikan banyak bakat merentas generasi. 

“Terdapat begitu banyak bakat yang boleh kami himpunkan dalam album ini. Pelbagai gaya muzik ditonjolkan dan ia memecah algoritma sedia ada.  

“Kini, album ini memberitahu anda bahawa tidak kiralah anda ingin menyampaikan rap dengan cara bagaimana,namun ia mestilah dapat menyentuh dan menjelaskan perasaan yang harus dirasai. 

“Algoritma saya akan memberikan anda satu perasaan tidak hanya bunyi semata-mata,” tambah Snoop yang sudah 20 kali menembusi pencalonan anugerah GRAMMY®

Selain dari Malaysia, antara penyanyi lain yang turut menjayakan album mega ini ialah Saay dari Korea Selatan, Glan Lewis (Kanada), Lani Mo (Sweden), Cory (Perancis), Mc Zaac (Brazil) dan ramai lagi. 

Gambar: Universal Music Group

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN