web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MOU PPM Dan MAH Buka Peluang Pekerjaan Kepada Pemuzik  

Memorandum Persefahaman (MOU) antara Persatuan Pemuzik Malaysia (PPM) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bermanfaat buat industri perhotelan serta pemuzik.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 4:18PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk memerangi wabak COVID-19, pemuzik kelab malam dan hotel antara penggiat seni yang paling teruk terjejas dan merasai impaknya kerana pendapatan mereka benar-benar bergantung kepada persembahan.

Kini, setelah PKP berakhir, pemuzik-pemuzik ini boleh kembali bekerja apabila premis- kelab hiburan dan hotel sudah dibuka dan beroperasi sepenuhnya dengan menerima kehadiran ramai pengunjung. 

Baru-baru ini, Persatuan Pemuzik Malaysia (PPM) dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) telah mencapai persetujuan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama. 

Menerusi kerjasama yang termeterai ini, MAH akan memperkenalkan dan mempromosikan anggota PPM di hotel tempat mereka membuat persembahan sebagai pemuzik yang akan mendukung tahap profesionalisme yang tinggi dalam kraf mereka.    

Sementara itu, PPM pula akan memulakan program latihan di mana ahli-ahlinya akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar sebagai persediaan menjadi duta jenama bagi mempromosikan premis persembahan terutama kepada pelancong dari luar negara.  

Kedua-dua pihak akan mempamerkan persembahan pemuzik tempatan dalam rancangan penstriman langsung menerusi talian PPM yang sangat popular.

Selain menikmati persembahan muzik secara langsung di pelbagai saluran media sosial, penonton akan sentiasa dimaklumkan mengenai acara dan promosi terkini di hotel yang menjadi ahli. 

Presiden PPM, Francis Danker berkata MOU itu merupakan satu pencapaian ikonik kerana ia akan memudahkan kondisi kerja yang lebih baik dan peluang pekerjaan untuk pemuzik secara langsung.

"Pemuzik langsung kami sangat teruja untuk membuat persembahan di hotel-hotel," katanya Francis.

Ketua Pegawai Eksekutif MAH, Yap Lip Seng juga teruja dengan kerjasama yang erat ini kerana ia dilihat mampu merapatkan kedua-dua industri agar saling bekerjasama dan memberi manfaat kepada industri perhotelan serta pemuzik secara langsung. 

"Kerjasama ini merupakan satu perkembangan positif bagi kedua-dua pihak serta mampu mengukuhkan lagi industri pelancongan dan hiburan demi pemulihan ekonomi akan datang," katanya.

Gambar: Sumber PPM 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Op Noda: 263 Individu Ditahan Di Ibu Kota

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN