web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu ‘Dinda’ Kugiran Masdo Daki Carta Spotify Indonesia!

‘Dinda’ berada di tangga 34 Carta Spotify Top 200 Indonesia dan juga di tempat pertama Carta Spotify Viral 50 Indonesia. Lagu 'Janji Manis',‘Bunga’ dan ‘Bercanda Di Malam Indah’ juga disenaraikan dalam carta negara itu.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 2:38PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Inilah magis platform media sosial TikTok apabila lagu yang sudah diterbitkan beberapa tahun yag sudah boleh kembali menjadi tular di luar negara.

Tuah nampaknya memihak kepada kumpulan Kugiran Masdo apabila lagunya digunakan oleh para pempengaruh Indonesia menyebabkan lagu itu menjadi bahan bualan di negara jiran. 

Lagu ‘Dinda’ telah mula sohor kini di Indonesia bermula pertengahan September kerana rata-rata selebriti media sosial negara itu menggunakan lagu tersebut sebagai latar video mereka. 

Antara video yang tular di Indonesia ialah daripada @reymbayang yang mendapat lebih dari 20 juta tontonan, @fahmi.nm yang mendapat lebih dari 13 juta tontonan dan @zhongnrxxx yang mendapat lebih dari 8 juta tontonan. Dengan itu, sudah terdapat lebih dari 135 ribu video yang telah dimuatnaik menggunakan lagu ‘Dinda’ sebagai lagu latar belakang di TikTok.

@reymbayang

Bagaimana ini? Ngambek kok makin lucu!! @dindahw14 ❤️

♬ Dinda - Masdo

Bermula dari TikTok, lagu ‘Dinda’ telah mendapat sambutan luar biasa oleh pendengar Spotify di Indonesia. Ini kerana pada 21 September 2021, lagu ‘Dinda’ telah berada di nombor 34 di Carta Spotify Top 200 Indonesia dan juga di tempat pertama Carta Spotify Viral 50 Indonesia.

Selain daripada itu, terdapat 3 lagi lagu mereka berada di Carta Spotify Viral 50 Indonesia, iaitu ‘Janji Manis’, ‘Bunga’ dan ‘Bercanda Di Malam Indah’.

Hasil tinjauan Getaran di video muzik mereka pula mendapati ruang komen lagu Dinda dipenuhi dengan kata-kata daripada peminat Indonesia.

Masdo yang dianggotai Ali Sariah, Putuceri, Asmawi dan Azham Ahmad Merupakan kugiran asal malaysia menyajikan muzik berasaskan genre pop 60-an yang digubah mengikut cita rasa masa kini.

Pada 2017, Masdo telah mengadakan siri jelajah konsert yang diberi nama ‘Jelajah Malam Pesta Rock And Roll’ di lima negeri di semenanjung Malaysia dan pada 25 Oktober 2018, Masdo telah diundang oleh Ocean Institute of Audio Technology ke Chongqing dan Henchuan China untuk mengadakan persembahan di Fishing Castle International Music Festival. 

Selain itu, Masdo juga pernah mengadakan tiga konsert mini di Indonesia pada 1 hingga 5 Ogos 2019 iaitu dua di Kios Ojo Keos, Jakarta dan persembahan di 107 Garage Room di Bandung

Pada Februari 2019, Kugiran Masdo buat julung kalinya mengadakan showcase dan seramai 1,000 lebih peminat hadir dengan memakai pakaian era 60-an. Persembahan tersebut bertema ‘Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo’ bersempena dengan pelancaran single ‘Dinda’. 

‘Dinda’ popular dalam kalangan peminat mereka bahkan ramai telah menyanyikan semula lagu ini dalam pelbagai versi. 

Tahniah diucapkan kepada Masdo! - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN