web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarimah Gesa Tindakan Segera Bendung Kes Bunuh Diri

Daripada seorang selebriti kepada aktivis kesihatan mental, Sarimah tidak pernah berhenti mendidik dan cuba menghapuskan stigma masyarakat terhadap isu bunuh diri.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 9:16PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memang pahit untuk ditelan tetapi hakikatnya telah berlaku peningkatan dalam jumlah kes bunuh diri sepanjang pandemik melanda negara.

Situasi ini lebih daripada sekadar angka. Mereka yang mengambil keputusan untuk bunuh diri boleh jadi seorang ibu, seorang bapa atau seorang anak kepada seseorang yang putus harapan untuk hidup. 

Statistik yang dikongsikan badan bukan kerajaan, Awareness Against Suicide (AWAS) melaporkan angka bunuh diri sehingga Mei tahun ini mencecah sehingga 1,708 kes.

Lebih menakutkan, lebih separuh daripada jumlah ini melibatkan remaja berumur 15 hingga 18 tahun. Dalam kata lain, masalah kesihatan mental bukan lagi hanya melibatkan orang dewasa bahkan anak muda kita juga. 

Lantang memperjuangan isu berkaitan kesihatan mental ialah selebriti Che Puan Sarimah Ibrahim yang tidak pernah berhenti membantu memberi kefahaman kepada masyarakat serta menghapuskan stigma kesihatan mental. 

Che Puan Sarimah Ibrahim dan Damian Mikhail
Che Puan Sarimah Ibrahim dan Damian Mikhail

Sempena Kempen Kesedaran Hari Bunuh Diri 2021, Sarimah dan Damian Mikhail tampil dengan sebuah lagu baharu bertajuk ‘Harapan’ sebagai pemangkin untuk mereka yang sedang bergelut dengan permasalahan emosi agar tidak berputus asa. 

Tambahan pula, muzik dilihat sebagai medium yang baik serta dekat dengan jiwa anak muda di samping boleh memperbaiki emosi, memperlahankan degupan jantung dan mengurangkan kebimbangan setiap yang mendengar. 

Berbual lanjut tentang masalah kesihatan mental yang semakin membimbangkan, Sarimah merasakan isu ini tidak mendapat perhatian sewajarnya di Malaysia.

Beliau berpendapat sudah masanya tumpuan diberikan kepada isu ini dengan lebih banyak kemudahan serta bantuan untuk mengatasi masalah ini.

“Saya mengharapkan kita mempunyai kemudahan yang lebih spesifik kepada ibu tunggal memandangkan golongan ini berisiko mempunyai postpartum depression selepas melahirkan anak. 

“Selain itu, tempat kaunseling wajar diberikan geran agar kita boleh membantu rakyat kita mendapatkan ubat dengan harga yang lebih murah serta rakyat mempunyai kemudahan untuk bertemu secara dekat dengan doktor, pakar psikologi dan pakar psikiatri.

“Dengan ini kita boleh bantu lebih ramai orang terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

“Selain itu, pendidikan juga penting. Kanak-kanak boleh dididik untuk bercakap tentang perasaan.

“Bukan itu sahaja, anak-anak kita perlu dididik untuk menyalurkan emosi dengan cara yang betul. Sudah tentu ilmu seperti ini wajar diberikan juga kepada ibu bapa yang bakal menentukan sikap anak mereka,” katanya ketika ditemui Getaran hari ini.

Situasi pandemik hari ini membuatkan masyarakat tertekan, maka kerajaan perlu lebih pantas mencari jalan keluar bagi membendung masalah ini.

“Dalam situasi sekarang, memang kita memberi fokus yang banyak kepada ekonomi, namun kita terlepas pandang bahawa sebenarnya kita berdepan dengan dua situasi genting sepanjang pandemik ini termasuklah isu kesihatan mental.

“Kesannya bakal lebih lama dirasai berbanding pandemik COVID-19 jika kita tidak mengatasi dan menangani isu ini sekarang,” tambahnya

Terdahulu, Sarimah pernah mengalami kemurungan selepas bersalin dua tahun lalu. Beliau kemudian merasakan isu kesihatan mental sangat penting untuk diperjuangkan demi membantu lebih ramai orang di luar sana serta menghapuskan stigma yang ada dalam kalangan masyarakat. 

Selain itu, Sarimah berharap agar bunuh diri tidak diklasifikasikan sebagai jenayah. Sebaliknya, kerajaan harus mempunyai jalan lain bagi membantu golongan yang memerlukan rawatan mental ini.  Mencegah kes bunuh diri adalah tanggungjawab bersama. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN