web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undang-undang Hungary Mengenai Anti-LGBTQ Panaskan EU

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 12:38PM

Pihak berkuasa menghalang seorang lelaki daripada mengibarkan bendera pelangi di padang ketika perlawanan antara Jerman menentang Hungary di Allianz Arena di Munich, awal pagi tadi. UEFA menolak cadangan Munich untuk menyalakan lampu warna pelangi yang dikaitkan dengan LGBT. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kontroversi mengenai undang-undang baru Hungary yang melarang rujukan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dalam bahan sekolah bakal membayangi sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis dan Jumaat, yang sebelum ini memberikan tumpuan kepada isu polisi luar, dalam mendepani Rusia serta hubungan dengan Turki.

Undang-undang berkenaan yang melarang penggambaran atau mempromosikan homoseksual kepada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah, sebagai tambahan kepada undang-undang yang mensasarkan pedofil telah dipersetujui oleh Parlimen Hungary .

Namun ia perlu mendapat kelulusan daripada Presiden negara berkenaan.

Peraturan itu bagaimanapun dikritik oleh Presiden EU, Ursula von der Leyen.

''Undang-undang Hungary ini memalukan,'' kata von der Leyen dalam satu kenyataan.

''Undang-undang ini nyata diskriminasi berdasarkan kepada orientasi seks. Ia bertentangan dengan nilai asas Kesatuan Eropah: martabat manusia, persamaan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia.''

Isu ini dibawa ke depan oleh politik EU selepas UEFA, badan pemantau bola sepak Eropah menolak cadangan Munich untuk menyalakan stadium kepada warga pelangi iaitu warna LGBTQ ketika perlawanan Euro 2020 antara Jerman-Hungary pada Rabu.

Munich bagaimanapun bertindak balas dengan menghiasi banyak monumennya,  termasuk yang berada di sebelah stadium,  dengan warna pelangi sementara Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan keputusan UEFA sangat dikesali.

Canselor Angela Merkel pula menyatakan bahawa undang-undang kerajaan Hungary itu `salah'.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Hungary, Viktor Orban, yang lama menjadi pilihan Brussels kerana dasar konservatif sosialnya yang dilihat melanggar norma demokratik EU, bakal berdepan tekanan padang sidang kemuncak berkenaan.

Hungary bagaimanapun membalas balik kritikan terhadap undang-udang LGBTQ itu, yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi.

Orban mendakwa von der Leyen membuat tuduhan palsu dan EU telah memberikan pandangan politik berat sebelah mengenai perkara berkenaan. - AFP

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar