web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setiausaha Agung PBB Kecam Letupan Sasar Pasukan Pengaman Di Lubnan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 4:41PM

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam insiden letupan yang menyasarkan peronda dari Observer Group Lebanon (OGL) dan mencederakan tiga pemerhati tentera PBB dan seorang pembantu jurubahasa.

Kecaman Antonio Guterres terhadap serangan itu dibangkitkan dalam kenyataan dari pejabat jurucakapnya, yang menekankan keperluan untuk memastikan keselamatan pasukan pengaman pada setiap masa.

"Keadaan di sepanjang Garisan Biru antara Lubnan dan Israel sejak 8 Oktober lalu, dengan kejadian berbalas tembakan harian antara kumpulan bersenjata tidak bernegara yang berpangkalan di Lubnan dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) terus menjadi kebimbangan serius," katanya.

Menurut kenyataan itu wujud 'kebimbangan serius' terhadap keganasan yang semakin meningkat di sepanjang Garisan Biru dan menggesa pihak-pihak bertelagah untuk 'menahan diri daripada melakukan lebih banyak pelanggaran gencatan senjata'.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya seorang awam dan tiga tentera dari Pasukan Tentera Sementara PBB di Lubnan (UNIFIL) cedera dalam serangan Israel yang menyasarkan kenderaan mereka di selatan negara itu pada awal Sabtu.

UNIFIL menyatakan kebimbangan 'mengenai peningkatan keganasan di sepanjang Garisan Biru pada masa ini'.

Tentera Israel menafikan bahawa ia menyasarkan mana-mana kenderaan UNIFIL di kawasan Rmeish di selatan Lubnan.

Ketegangan di sempadan berlaku di tengah-tengah serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 32,700 penduduk Palestin sejak 7 Oktober lalu. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar