Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Deklarasi Melbourne Mengesahkan Perkongsian ASEAN-Australia Untuk Masa Depan

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2024 8:27PM

Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 berakhir hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELBOURNE - Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2024 berakhir hari ini dengan beberapa hasil dirumuskan terutamanya dalam bidang tumpuan utama seperti perniagaan, pemimpin-pemimpin baru muncul, iklim dan tenaga bersih, serta kerjasama maritim.

Sidang kemuncak tiga hari yang bermula pada 4 Mac di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne (MCEC), di sini, dihadiri semua anggota ASEAN kecuali Myanmar yang berdepan konflik berterusan di negara berkenaan.

Timor-Leste bagaimanapun menghadiri perhimpunan itu sebagai pemerhati.

Pada 2022, ASEAN pada dasarnya bersetuju untuk menerima Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11 dan menerima pakai pelan hala tuju untuk keahlian penuh Timor-Leste.

Sidang kemuncak khas itu menawarkan peluang kepada pemimpin-pemimpin ASEAN dan Australia untuk memperingati pencapaian besar dalam hubungan dialog ASEAN-Australia bagi tempoh lima dekad yang lalu dan melakar perjalanan untuk hubungan yang lebih mendalam bagi tempoh 50 tahun akan datang.

Dalam ucapan penutupnya, Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone yang juga pengerusi bersama sidang kemuncak itu berkata tahun ini menandakan 57 tahun penubuhan ASEAN dan memperingati ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog ASEAN-Australia.

"Angka-angka ini mengesahkan bahawa Australia adalah rakan tertua dan paling rapat ASEAN, ia adalah rakan dialog yang telah lama wujud dan paling penting, melibatkan diri dengan ASEAN sepanjang evolusinya.

"Selama bertahun-tahun, kerjasama ASEAN-Australia telah berkembang dan meluas secara konsisten, meliputi pelbagai bidang termasuk kerjasama politik, keselamatan, ekonomi serta sosial-budaya dan perkongsian ini memuncak dalam mengangkat hubungan rakan dialog kami menjadi Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2021," katanya.

Pengerusi Bersama dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, dalam satu kenyataan media menegaskan komitmen Australia untuk menjadi rakan kongsi yang boleh dijadikan contoh kepada negara-negara Asia Tenggara.

"Kami akan terus konstruktif dan melibatkan diri dengan penuh rasa hormat, jujur dan boleh dipercayai, dan yang penting kami mendengar.

"Ekonomi ASEAN dan Australia sangat berkait rapat. Kami mahu memainkan peranan yang lebih besar dalam mengejar peluang- peluang ekonomi, pembangunan dan pertumbuhan di Asia Tenggara," kata Albanese.

Deklarasi Melbourne Mengesahkan Perkongsian ASEAN-Australia

Pada penghujung sidang kemuncak khas tersebut, pemimpin ASEAN, Australia dan Timor-Leste mengesahkan komitmen mereka untuk memastikan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan masa depan yang mampan untuk rantau ini.

Bertemakan 'A Partnership for the Future' (Perkongsian untuk Masa Depan), mereka komited untuk bekerjasama bagi menangani cabaran bersama sambil menerima peluang yang akan memberi manfaat kepada semua yang tinggal di rantau ini.

Pemimpin-pemimpin Australia dan ASEAN menerima pakai Pernyataan Visi Pemimpin Bersama ASEAN-Australia dan Deklarasi Melbourne yang menetapkan 50 tahun akan datang untuk perkongsian kekal bagi kedua-dua pihak mempromosikan rantau yang terbuka, inklusif dan telus.

Albanese mengumumkan beberapa inisiatif seperti menubuhkan Pusat ASEAN-Australia di Canberra, lebih daripada 75 biasiswa Aus4ASEAN baharu dengan sebahagian daripadanya akan dibiayai bersama oleh universiti Australia dan 55 biasiswa untuk pemimpin- pemimpin baru muncul dari rantau ini untuk mendapat pendidikan Australia, Pakej Kerjasama Tenaga di bawah Inisiatif Niaga Hadapan Aus4ASEAN untuk meningkatkan dasar dan perancangan tenaga serantau yang diterajui ASEAN, termasuk pelaksanaan Strategi ASEAN untuk Neutraliti Karbon dan menyediakan latihan bahasa Inggeris untuk Timor-Leste bagi menyokong laluannya ke arah keahlian penuh dalam ASEAN.

Beliau mengulangi komitmen Australia untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan ASEAN bagi memacu pertumbuhan yang mewujudkan peluang pekerjaan dan merealisasikan faedah ekonomi untuk rakyat di rantau ini.

Kerajaan Albanese juga mengumumkan inisiatif bagi melaksanakan cadangan penting daripada 'Invested: Southeast Asia Economic Strategy to 2040', yang dilancarkan tahun lalu.

Ini termasuk mewujudkan Kemudahan Pembiayaan Pelaburan Asia Tenggara berjumlah A$2 bilion untuk memangkin pelaburan Australia di rantau ini dalam sektor-sektor utama seperti infrastruktur dan peralihan tenaga bersih, Memperluaskan inisiatif Perkongsian Australia untuk Infrastruktur yang menyokong usaha bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur serantau dan pembiayaan infrastruktur berkualiti.

Perdana menteri Australia itu juga mengumumkan pelantikan 10 Juara Perniagaan untuk memudahkan hubungan komersial yang lebih erat di antara Australia dan ekonomi ASEAN, memastikan kerajaan dan sektor swasta bekerjasama meningkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Inisiatif lain adalah mewujudkan 'Landing Pad' serantau di Jakarta dan Ho Chi Minh City untuk meningkatkan eksport teknologi Australia dan menyokong transformasi digital rantau ini.

Albanese juga mengumumkan peningkatan akses visa untuk Asia Tenggara, dengan lanjutan Visa Pelawat Perniagaan dari tiga kepada lima tahun, dan pengenalan laluan Pengembara Kerap, menyediakan visa 10 tahun untuk negara anggota ASEAN yang layak.

Beliau turut mengumumkan misi perniagaan pertama di bawah 'Australia-Southeast Asia Business Exchange' ke Singapura dan Malaysia pada April, memfokuskan pada peralihan tenaga hijau dan lokasi hab serantau untuk Pasukan Perbincangan Pelaburan di Singapura, Jakarta dan Ho Chi Minh City.

Kerajaan Australia juga menumpukan kepada inisiatif untuk menyokong peralihan tenaga bersih dan kerjasama maritim yang praktikal, termasuk melaksanakan fasa seterusnya dalam Perkongsian Mekong-Australia untuk memperdalam penglibatan Australia di subrantau Mekong bagi menangani cabaran bersama, termasuk keselamatan air, perubahan iklim dan jenayah transnasional.

"Peruntukan sebanyak A$64 juta untuk meningkatkan Perkongsian Maritim Asia Tenggara - Australia, akan mengembangkan kerjasama maritim Australia dengan rakan kongsi serantau dan menyumbang kepada keselamatan serta kemakmuran di rantau ini, selaras dengan keutamaan negara-negara Asia Tenggara," kata Albanese.

Beliau juga mengumumkan peruntukan A$10 juta bagi Tetingkap Iklim dan Tenaga Bersih khusus sebagai sebahagian daripada Dana Perkongsian Kerajaan ke Kerajaan Asia Tenggara yang diumumkan pada 2023, untuk memudahkan perkongsian pengetahuan dan pembinaan kapasiti dalam menangani perubahan iklim. - BERNAMA

Sorotan

1

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

2

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 1 hari yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Semasa 13 jam yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad