web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bedilan Rejim Musnahkan Masjid Dibina Muslim Care Malaysia Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 10:02PM

Seorang penduduk Gaza menyelamatkan Al-Quran yang bertaburan di perkarangan Masjid Muhammad Al Amin yang dibedil tentera Israel. - gambar Muslim Care Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Serangan balas tentera Israel terhadap Semenanjung Gaza awal pagi tadi turut memusnahkan Masjid Muhammad Al Amin, sebuah masjid yang dibina pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia.

NGO itu, dalam perkongsian melalui media sosial, termasuk klip video dan gambar, menyatakan kesedihan melihat masjid tersergam indah sejak 2013 itu kini menjadi puing-puing selepas terkena serangan tentera Israel yang membalas serangan mengejut Hamas dan Jihad Islam.

Hantaran itu mengatakan, masjid itu dibina untuk rakyat Palestin atas sumbangan rakyat Malaysia.

“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zion!ST lsrae|.

“Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.

“Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini, 7hb Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan,” katanya.

Justeru, Muslim Care Malaysia memohon sumbangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang teruk terjejas dengan serangan itu, selain yakin lebih banyak bantuan dan dana akan dapat disalurkan sebagai tanda sokongan kepada mereka.

Sementara itu, melalui klip video yang dimuat naik, Pengurus Muslim Care Palestin, Ahmed Abu Ayyesh An Najjar, dilihat menunjukkan masjid yang musnah dibedil itu.

“Seperti anda dapat lihat, rejim Zionis telah mengebom dan merobohkannya. Tidak ada masjid lain di sini kecuali Masjid Muhammad Al Amin yang dibina (dengan sumbangan) masyarakat Malaysia.

“Terlalu ramai rakyat Palestin yang menggunakan masjid ini terutama pada hari Jumaat,” katanya.

Ahmed berkata, masjid itu sememangnya memerlukan sedikit penambahbaikan, namun rejim itu telah merobohkannya menyebabkan ia tidak dapat digunakan lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, masyarakat setempat yakin dengan izin Allah, serta sumbangan rakyat Malaysia, masjid yang lebih baik dan baharu akan dibina di kawasan itu. – Getaran, 8 Oktober 2023

@getaranmy Allahuakbar!! Gaza diserang! Masjid Malaysia yang dibina turut musnah #GetaranMY #fyp #Semasa #Terkini ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Dalam Bagasi: Mangsa Mati Akibat Tetakan Di Kepala

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 16 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad