web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Setuju Beli Peralatan Tentera Dengan Turkiye

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2023 1:56PM

Perdana Menteri memaklumkan persetujuan bersama Malaysia dan Turkiye dalam pembelian peralatan ketenteraan melalui pertemuan dua hala di New York. - gambar Pejabat Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK -- Malaysia mencapai persetujuan bersama Turkiye untuk menjalankan pembelian peralatan ketenteraan secara profesional dan telus tanpa gangguan yang tidak wajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan ini selaras dengan dasar perolehan yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan melibatkan pembelian peralatan berkenaan seperti yang diputuskan oleh kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan dua hala dengan presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan di New York, beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk mengelakkan masalah yang dihadapi pada masa lalu berulang melibatkan pembelian berkaitan ketenteraan.

"Kami bersetuju dalam soal bekalan peralatan ketenteraan (ia sepatutnya) seperti yang diputuskan oleh kepimpinan Majlis Angkatan Tentera Malaysia," kata Anwar di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke PBB di New York.

Sebelum itu Anwar mengadakan pertemuan dengan Erdoğan di Pejabat Perwakilan Tetap Turkiye yang terletak bertentangan dengan ibu pejabat PBB.

“Terdapat kekurangan yang membimbangkan dari segi keupayaan pertahanan kita kerana seperti yang semua tahu, kita telah menghadapi masalah serius dari segi dasar perolehan yang betul, profesional dan telus,” kata Anwar.

Beliau berkata, Malaysia sebelum ini sudah membuat pembelian pesawat untuk tentera udara dari Korea Selatan manakala dron dan helikopter dari Türkiye.

Beliau berkata, Majlis Angkatan Tentera Malaysia akan memutuskan pembelian alatan ketenteraan sesuai dengan kepakaran mereka.

"Kami menyerahkan kepada anggota tentera - tentera laut, tentera udara (dan tentera) untuk memutuskan apa yang terbaik," katanya sambil menegaskan bahawa pasukan itu diberi kuasa penuh berikutan mempunyai pengkhususan dan kepakaran di peringkat tinggi.

“Dasar saya, seperti yang saya katakan kepada Ketua Turus Bersama ialah kita tidak mahu sebarang campur tangan dari segi apa yang perlu diperolehi. Ini perlu diputuskan secara profesional oleh angkatan tentera,” katanya.

Anwar berkata, Kementerian Pertahanan diberi kebebasan untuk menyelaras bersama Kementerian Kewangan berkenaan bekalan peralatan dengan kerajaan negara pengeluar bagi mengelakkan kerenah birokrasi dan ejen, sekaligus sebarang “pembaziran yang tidak perlu”.

Akhir Julai lalu Perdana Menteri mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merombak sistem perolehan asetnya bagi memastikan pihak luar tidak lagi dapat memperoleh komisen yang berlebihan.

Beliau berkata rombakan itu diperlukan memandangkan kesiapsiagaan aset pertahanan negara, seperti kapal, pesawat dan kereta kebal, tidak diselaraskan dengan kedudukan geopolitik dan strategik Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata pentadbiran Erdoğan juga menyatakan persetujuan menyerahkan pengurusan dan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen di Istanbul untuk terus diuruskan oleh operator Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Anwar berkata, kerajaan Tukiye berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan MAHB dan ingin melihat ia diteruskan dalam jangka masa yang lebih lama.

“Mereka merasakan ia boleh terus diusahakan oleh syarikat yang sama (MAHB),” katanya.

“Saya sangat berpuas hati kerana beliau (Erdoğan) telah memberikan sokongan dan keyakinan penuh kepada sebuah syarikat Malaysia untuk mengurus dan membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen.”

Isu lain yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut adalah mengenai kerjasama untuk menentang "perkauman kulit putih" terhadap orang kulit berwarna, serta menentang xenofobia apabila seseorang mengangkat budaya sendiri melebihi kepentingan orang lain.

Kedua-dua pemimpin itu juga menyatakan kebimbangan mengenai Islamofobia, kata Anwar.

Beliau menambah Tukiye mengaktifkan pusatnya di Eropah dan Timur Tengah mengenai perkara ini, manakala Malaysia memberi tumpuan kepada perkara ini di rantau Asia.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu berkaitan bidang pendidikan dan budaya, tambahnya.

Selain itu, Anwar berkata, Erdoğan juga bersetuju untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada akhir tahun ini.

“Kita akan pastikan tarikh yang sesuai dan Yang di Pertuan Agong akan ada di Malaysia pada ketika itu,” kata Anwar. – Getaran, 21 September 2023

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar