web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Tahun

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 3:41PM

Thaksin ketika mengunjungi Pulau Pinang bersama adiknya, Yingluck Shinawatra tahun lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Mahkamah Agung Thailand pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Thaksin Shinawatra sekembalinya bekas perdana menteri itu ke negara ini selepas 15 tahun hidup dalam buangan. 

Dalam satu kenyataan, Mahkamah Agung berkata hukuman itu dijatuhkan tanpa kehadiran Thaksin.

Thaksin dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana meluluskan pinjaman daripada Export-Import Bank of Thailand (EXIM Bank) kepada kerajaan Myanmar untuk projek telekomunikasi.

Dia turut dijatuhkan hukuman penjara dua tahun untuk kes berkaitan keputusan skim loteri kerajaan dan lima tahun penjara kerana mengubah kontrak bagi syarikatnya, SHIN Corp, dengan niat untuk memberi kelebihan kepada syarikat itu.

Hukuman dikurangkan kepada lapan tahun kerana dijalankan serentak.

Thaksin, 74, kemudiannya dibawa ke Penjara Reman Bangkok.

Sementara itu, sekumpulan penyokong Thaksin berkumpul di luar pekarangan penjara untuk melihat bekas perdana menteri itu.

Terdahulu, Thaksin yang kembali  menjejakkan kaki di Thailand buat kali pertama sejak 2008, tiba di terminal jet peribadi Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang kira-kira 9 pagi (waktu tempatan).

Anak perempuannya, Paetongtarn, yang juga seorang daripada tiga calon perdana menteri dari Parti Pheu Thai memuat naik gambar Thaksin bersama ahli keluarganya dan tujuh cucunya di laman sosial Facebook.

“Selamat kembali ke Thailand daddy.

"Bapa telah kembali ke Thailand dan menjalani proses undang-undang yang sepatutnya," tulisnya.

Kepulangan Thaksin bertepatan dengan pengundian untuk memilih perdana menteri baharu pada Selasa, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum 14 Mei.

Parti Pheu Thai, sebuah parti yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Thaksin, mengetuai gabungan 11 parti, termasuk dua parti yang disokong oleh tentera dalam usaha untuk membentuk kerajaan dan menamatkan kemelut politik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar