web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU Thailand: Rakyat Mula Mengundi Hari Ini

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 1:41PM

Kira-kira 52 juta pengundi, termasuk 3.3 juta pengundi kali pertama berumur 18 hingga 22 tahun, mengundi di 94,775 pusat mengundi di seluruh Thailand hari ini. - Gambar ihsan Twitter @Reaproy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Rakyat Thailand mula mengundi hari ini (Ahad) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang menyaksikan pertempuran sengit dan dijangka boleh mencetuskan pertukaran kerajaan buat kali pertama dalam tempoh hampir sedekad.

Kira-kira 52 juta pengundi, termasuk 3.3 juta pengundi kali pertama berumur 18 hingga 22 tahun, mengundi di 94,775 pusat mengundi di seluruh negara.

Rakyat mula beratur seawal pagi sebelum pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi (waktu tempatan) selepas kempen selama berbulan-bulan berakhir. Pengundian ditutup 5 petang pada hari yang sama.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha, calon Perdana Menteri di bawah tiket parti United Thai Nation (UTN) antara yang paling awal mengundi di pusat mengundi di Bangkok, kira-kira 9.10 pagi (waktu tempatan).

“Saya gembira dapat menunaikan hak saya. Saya harap pengundi yang layak akan keluar mengundi hari ini,” katanya kepada pemberita selepas mengundi .

Prayuth, 69, dilihat berdepan cabaran getir untuk mempertahankan kedudukan, memandangkan parti pembangkang termasuk Parti Pheu Thai dan Parti Move Forward kini menjadi pilihan, berdasarkan tinjauan pendapat.

Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, termasuk pilihan raya yang menjadi pertikaian hangat pada 2019, bantahan besar-besaran pada 2020 dan empat undi tidak percaya di parlimen, Prayuth – yang berkuasa dalam rampasan kuasa 2014 – tetap berjaya mengekalkan jawatannya.

Hari ini, pengundi akan memilih 500 wakil rakyat baharu untuk tempoh empat tahun akan datang.

Terdapat 400 kerusi untuk calon kawasan pilihan raya dan 100 kerusi parti diperuntukkan secara perwakilan berkadar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand menjangkakan 80 peratus daripada kira-kira 52 juta pengundi yang layak mengundi hari ini.

SPR menjangkakan untuk mengeluarkan 95 peratus keputusan tidak rasmi menjelang 11 malam.

Pilihan raya kali ini adalah yang pertama diadakan sejak protes besar-besaran yang diketuai oleh belia pada 2020 dan yang kedua sejak rampasan kuasa tentera pada 2014, menyaksikan penyingkiran kerajaan yang dipilih. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 23 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad