web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Situasi Global COVID-19: Singapura Sedia Tingkat Langkah Kesihatan Di Sempadan Jika Perlu

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 9:19AM

Orang ramai menyuarakan kebimbangan mengenai tahap jangkitan yang tinggi di China dan pengumuman kelonggaran sekatan perjalanan di sempadan bermula 8 Januari 2023 - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura memantau dengan teliti situasi COVID-19 global dan bersedia untuk melaksanakan semula langkah-langkah kesihatan sempadan untuk negara tertentu bergantung kepada situasi semasa, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu pada Jumaat.

"Beban kes meningkat di kebanyakan negara disebabkan oleh peningkatan perjalanan antarabangsa dan bermulanya musim sejuk di Hemisfera Utara," menurut kementerian itu, sambil menyatakan bahawa China kini berdepan gelombang jangkitan besar, menjadi kebimbangan khusus.

Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa orang ramai menyuarakan kebimbangan mengenai tahap jangkitan yang tinggi di China dan pengumuman kelonggaran sekatan perjalanan di sempadan bermula 8 Januari 2023.

Kenyataan itu menggariskan dua kebimbangan khusus iaitu yang pertama, "kemungkinan kemunculan varian baharu dan lebih berbahaya."

Singapura bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa termasuk GISAID (Global Initiative on Sharing Avian Influenza Data), yang mengekalkan pangkalan data genomik patogen bagi memantau varian yang menular di seluruh dunia.

“Kami turut menjalankan pengawasan genomik ke atas kes tempatan dan import.

"Setakat ini, berdasarkan hasil penjujukan genom yang dikemukakan oleh Pusat Kawalan Penyakit di pelbagai bandar di China, tiada varian baharu dikesan dengan kadar  jangkitan yang lebih teruk daripada sub-varian yang dikenal pasti sebelum ini.

Kebimbangan kedua ialah "pelancong asing tidak seharusnya menambah beban sistem kesihatan kami," menurut kementerian itu.

Pada masa ini, lapangan terbang Singapura menyaksikan ketibaan sekitar 700 dan 1,000 orang dari China setiap hari, atau kira-kira 1.0 peratus hingga 1.5 peratus daripada jumlah ketibaan harian melalui udara, majoritinya terdiri daripada penduduk dan pemegang pas jangka panjang yang kembali ke republik itu.

Setiap minggu, kementerian mengesan 40 hingga 80 kes COVID-19 daripada kumpulan ini.

Kesemua mereka menunjukkan simptom ringan, kecuali seorang warga Singapura yang mengalami masalah kesihatan yang teruk selepas perjalanan ke China baru-baru ini.

Memandangkan perjalanan udara dengan China akan dipulihkan secara progresif, MOH memaklumkan pihaknya akan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum meningkatkan kapasiti kemasukan, dengan mengambil kira penilaian kesihatan awam secara keseluruhan.

Walaupun banyak negara telah menarik balik sepenuhnya langkah berkaitan kesihatan awam di sempadan, MOH mengingatkan bahawa Singapura tidak berbuat demikian dan mengekalkan beberapa langkah.

Pengembara yang tidak lengkap suntikan vaksin dan ingin memasuki Singapura perlu melakukan ujian pra-berlepas (PDT) dalam masa dua hari sebelum tiba.

Pelawat Jangka Pendek (STV) yang tidak divaksin sepenuhnya juga perlu mendapatkan insurans perjalanan dengan perlindungan minimum S$30,000 untuk perbelanjaan perubatan berkaitan COVID.

Semua pengembara yang menggunakan laluan udara dan laut dikehendaki mengemukakan pengisytiharan kesihatan semasa ketibaan, menurut MOH.

Langkah-langkah ini mampu mengurangkan risiko kes import yang teruk dan tidak menjejaskan kapasiti penjagaan kesihatan republik itu.

“Bagaimanapun, kami akan meneliti perkembangan kesihatan dari semasa ke semasa, termasuk sistem penjagaan kesihatan kami sendiri.

"Kami bersedia untuk mengembalikan semula langkah-langkah kesihatan sempadan untuk negara-negara tertentu berdasarkan situasi terkini," menurut kementerian itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad