web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FDA Lulus Vaksin COVID-19 Untuk Cegah Omicron Bagi Kanak-Kanak Seawal 6 Bulan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 12:37PM

Agensi Berita Jerman dpa yang memetik FDA melaporkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun dibenarkan untuk menerima suntikan dos penggalak bivalen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) meluluskan vaksin COVID-19 untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur enam bulan ke atas bagi mencegah varian Omicron.

Menurut laporan Agensi Berita Jerman dpa yang memetik FDA, kanak-kanak di bawah umur lima tahun dibenarkan untuk menerima suntikan dos penggalak bivalen.

"Kami menggalakkan ibu bapa dan penjaga yang layak untuk mempertimbangkan terutama ketika menjelang musim cuti dan musim sejuk memandangkan lebih banyak masa dihabiskan dengan berada di dalam rumah," kata Pesuruhjaya FDA Robert M. Califf pada Khamis.

Menurut beliau, memandangkan virus itu telah berubah, kesedaran orang ramai terhadap perkembangan terkini mengenai vaksin COVID-19 akan memberi banyak manfaat kepada lebih ramai individu, keluarga dan kesihatan awam.

“Ia membantu mencegah penyakit yang teruk, kemasukan ke hospital, dan kematian,” kata beliau.

Kelulusan terbaharu AS itu termasuk bivalen yang dihasilkan Pfizer dan Moderna. Di bawah garis panduan baharu, kanak-kanak yang telah menerima dua suntikan awal vaksin Moderna boleh mendapat satu suntikan dos penggalak bivalen.

Kanak-kanak yang belum mendapat dos ketiga vaksin Pfizer kini akan diberi penggalak bivalen tetapi mereka yang telah menerima tiga suntikan masih belum layak menerima suntikan yang dikhususkan untuk Omicron, kata FDA.

"Vaksin kekal sebagai benteng pertahanan terbaik terhadap kesan teruk seperti kemasukan ke hospital dan kematian yang disebabkan varian Omicron yang masih menular," kata Pengarah Pusat Penilaian dan Penyelidikan Biologi FDA Peter Marks. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 14 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam