Berita Terkini

14 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 14 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 14 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 14 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 14 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Suspek Letupan Bom Istanbul Buat Pengakuan - Polis

Luar Negara Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 9:50PM

Orang ramai meninggalkan bunga teluki (carnation) untuk memperingati mereka yang terkorban. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Suspek letupan maut di bandar terbesar Turki, Istanbul, mengaku kepada polis dia melakukan serangan bom itu, pihak berkuasa Turki mengumumkan pada Isnin.

Jabatan Polis Istanbul dalam satu kenyataan berkata suspek, Ahlam Albashir, warga Syria mengaku menerima arahan serangan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan dan sayapnya di Syria, Unit Perlindungan Rakyat (YPG), lapor Xinhua.

Ankara menyenaraikan kedua-dua PKK/YPG sebagai organisasi pengganas.

Albashir berkata dia dilatih sebagai pegawai perisik khas oleh pertubuhan pengganas dan memasuki Türkiye secara haram melalui Afrin, Syria, untuk melakukan serangan itu, menurut polis.

Pada Ahad, satu letupan menggegarkan kawasan sibuk Istiklal Avenue di sebelah Eropah Istanbul, pada 4.20 petang waktu tempatan (1320 GMT), menyebabkan enam orang maut dan 81 cedera.

Bahan letupan yang digunakan dalam serangan itu adalah trinitrotoluene TNT, salah satu bahan letupan berkuasa tinggi, kata polis dalam satu kenyataan berasingan.

Agensi kerajaan Anadolu berkata 46 suspek, termasuk penyerang, telah ditahan dalam operasi polis yang dijalankan di 21 alamat di Istanbul.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu Isnin melawat tempat kejadian dua kali dan meninggalkan bunga teluki (carnation) untuk memperingati mereka yang kehilangan nyawa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 2 bulan yang lalu

Grand Bazaar Istanbul Wajib Dikunjungi Apabila Ke Istanbul

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Kerajaan Malaysia Mengutuk Keras Serangan Bom Di Istanbul - PM Ismail Sabri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Letupan Istanbul - Konsulat Jeneral Malaysia

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Letupan Bom Di Istanbul: 6 Maut, 81 Cedera

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Batu Pahat Kini 967 Orang

Semasa 1 jam yang lalu

Tiket Tren ETS Tambahan Sempena Raya & Hari Pekerja Boleh Dibeli Mulai Hari Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Skim Rumah Pertamaku Wajar Diteruskan, Harap Kerajaan Bantu Rakyat

oleh Sofian Baharom

Semasa 16 jam yang lalu

Mekanisma Baharu Percepat Pengeluaran Sijil Halal Perlu Dilaksana - Ahmad Zahid