web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Wartawan Mohon Maaf Gelar Pemimpin Dilantik Truss 'Coconut Cabinet'

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 12:03PM

Iain Macwhirter - Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas wartawan BBC dan mantan rektor Universiti Edinburgh, Iain Macwhirter dikecam hebat selepas menggelar tiga individu dilantik Perdana Menteri baharu United Kingdom, Liz Truss sebagai ‘coconut cabinet’ (Kabinet kelapa).

Menurut laporan media antarabangsa, Daily Mail, Macwhirter berdepan kemarahan pengguna media sosial selepas membalas ciapan mengenai pelantikan Kwasi Kwarteng, James Cleverly dan Suella Braverman yang mengutamakan kepelbagaian di pejabat tinggi United Kingdom.

Dengan menciap semula hantaran daripada saintis politik, Timothy Bale yang memuat naik gambar tiga ahli politik itu, Macwhirter menulis ‘Kabinet kelapa’?

Tindakan melabel seseorang sebagai ‘kelapa’ adalah penghinaan kerana ia merujuk kepada warna kulit, sama ada hitam atau coklat.

Macwhirter yang kini kolumnis untuk akhbar Scotland, The Herald diserang pengguna Twitter yang menuntutnya membuat permohonan maaf atas ciapan berbaur ‘perkauman’.

Dia bagaimanapun sudah memadam ciapan tersebut.

Seorang pengguna mengkritik dengan menuduh Macwhirter sebagai ‘bersikap rasis’, manakala individu lain menggesanya supaya segera meminta maaf.

“Semakin lama kamu menunggu untuk meminta maaf atas ciapan perkauman kamu, semakin teruk kesannya kepada diri kamu sendiri,” menurut pengguna media sosial itu.

Susulan kecaman diterima, Macwhirter membuat permohonan maaf dengan mengakui bahawa dia menggunakan ‘bahasa tidak sepatutnya’ yang menyebabkan ia disalah tafsir.

“Saya benar-benar memohon maaf atas masalah yang saya timbulkan,” katanya.

Dia turut memuji parti Konservatif kerana ‘mempunyai Kabinet paling pelbagai’ dalam sejarah British. 

Macwhirter menambah bahawa dia sentiasa memperjuangkan kepelbagaian kaum dalam penulisannya dan kecewa kerana niat untuk berjenaka mengakibatkan perkara sebaliknya berlaku.

The Herald dilaporkan menggantung tugas Macwhirter sementara siasatan berhubung kenyataannya itu dijalankan.

Menerusi Kabinet itu, Kwarteng dilantik Canselor Perbendaharaan; manakala Cleverly sebagai Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar, Komanwel dan Pembangunan serta Braverman memegang jawatan Setiausaha Negara untuk Jabatan Dalam Negeri. – The Vibes, 9 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar