web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kahwin Paksa Kanak-Kanak Bawah Umur, Polis Australia Bimbang Peningkatan

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 11:06AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SYDNEY - Polis Australia bimbang pembukaan semula sempadan negaranya akan meningkatkan kes perkahwinan paksa membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Berdasarkan statistik Polis Persekutuan Australia (AFP), sebanyak 80 kes dilaporkan berhubung isu tersebut dengan separuh daripadanya membabitkan kanak-kanak bawah 18 tahun.

Justeru, polis dan agensi kerajaan di negara tersebut kini dalam proses melaksanakan kajian bagi menangani isu yang disifatkan kompleks, dengan statistik menunjukkan ia kerap dilaporkan di New South Wales (NSW) dan Victoria.

Terbaharu, seorang kanak-kanak perempuan iaitu Kubra (bukan nama sebenar) dijodohkan dengan sepupunya pada usia semuda 11 tahun.

Kanak-kanak berasal dari Sydney itu cuba meyakinkan keluarganya bahawa perhubungan tersebut amat ‘toksik’ namun tidak diendahkan.

Pada usianya mencecah 16 tahun, dia diberikan jemputan ke majlis perkahwinannya sendiri yang diadakan tanpa persetujuannya.

“Saya tidak mahu berkahwin dengannya tapi keluarga tunang mengugut akan membahayakan diri saya dan mengambil pasport saya.

“Saya sangat tertekan dan mengalami depresi akibat situasi yang berlaku,” kata Kubra.

Dia dengan berat hati terpaksa memenuhi kehendak keluarga namun berjaya mengakhiri perkahwinan tersebut sebaik pulang ke rumah, selepas bersetuju membayar AUD30,000 (RM91,828) kepada keluarga mertuanya.

Kisah Kubra adalah satu daripada kes perkahwinan paksa dilaporkan kepada pihak berkuasa, yang kini bimbang peningkatan kes seumpama itu susulan pembukaan semula sempadan negara.

Polis dan agensi kerajaan sedang berusaha menangani masalah itu, dengan statistik menunjukkan ia paling kerap berlaku di NSW dan Victoria.

Sejak tahun lalu, terdapat lebih daripada 18 kes dilaporkan dari seluruh negara ke Polis Persekutuan Australia (AFP), dengan majoritinya melibatkan kanak-kanak berusia di bawah 18.

Petugas badan bukan kerajaan (NGO), Eleni Argy berkata, kebanyakan kes membabitkan kanak-kanak perempuan yang dijual untuk mendapatkan wang.

Beliau yang bertugas di organisasi belia Taldumande, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan kemudahan kepada remaja yang dipaksa berkahwin.

“Ada keuntungan yang diterima dalam bentuk duit ringgit. Pertukaran wang, mungkin juga harta dan kanak-kanak terbabit dijual.

“Mereka dipersiapkan pada usia sangat muda, seawal enam atau tujuh tahun,” katanya.

Perkahwinan paksa dianggap sebagai jenayah di Australia sejak 2013.

Namun begitu, tiada siapa pernah disabitkan dengan kesalahan ini.

Pembunuhan Ruqia Haidari, 21, yang dijual oleh ibunya kepada seorang lelaki pada harga AUD15,000 (RM45,935) pada 2019, namun dibunuh beberapa bulan kemudian  mencetuskan kejutan di seluruh negara.

Ruqia Haidari
Ruqia Haidari

Mohammad Ali Halimi membunuh wanita kelahiran Victoria tersebut menggunakan pisau dapur di kediaman mereka dekat Perth pada Januari 2020, selepas mengahwini mangsa.

Pada Ogos tahun lalu, tertuduh dihukum penjara selama 19 tahun.

Ibu kepada Ruqia, Sakina Muhammad Jan mengaku tidak bersalah memaksa anak perempuannya berkahwin dengan lelaki tersebut, dan kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah.

Komander AFP, Hilda Sirec kini mengetuai pasukan menyiasat kes pemerdagangan kanak-kanak.

Menurutnya, pasukan tersebut berhadapan masalah untuk mendakwa pelaku kerana kebanyakan mangsa enggan memberikan kerjasama, lebih-lebih lagi ia membabitkan ahli keluarga sendiri.

Beliau turut bimbang peningkatan kes tersebut akan berlaku, serentak dengan pembukaan sempadan negara seluruh dunia.

“Kami menerima lebih banyak laporan yang signifikan dari negeri seperti NSW dan Victoria,” katanya.

Menurut beliau, majoriti membabitkan komuniti tertutup yang sering terlibat mengatur perkahwinan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Pengarah University of Technology Anti Slavery Australia, Jenifer Burn berkata mengatur perkahwinan dengan perkahwinan paksa adalah dua terma yang berbeza.

“Perkahwinan yang diatur di Australia adalah apabila dua pihak bersetuju dengan perkara tersebut.

“Bagaimanapun, perkahwinan paksa adalah apabila satu atau kedua-dua pihak tidak mempunyai kebebasan untuk mencapai persetujuan kerana mereka diancam atau dipaksa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan untuk menangani isu tersebut sebelum ia mencapai ‘titik krisis’.

“Kebanyakan daripada mereka yang memaksa perkahwinan itu berlaku mungkin benar-benar mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka tetapi kemudiannya menyesali tindakan tersebut,” katanya.

Pihak berkuasa dan organisasi masyarakat bekerjasama untuk menangani isu yang kompleks dengan meningkatkan kesedaran dalam kumpulan berisiko, untuk mengelakkan jenayah daripada berlaku. - Agensi, 6 September 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Anwar Tarik Pelabur Australia Dan ASEAN, Kongsi Persekitaran Kondusif Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 4 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad