web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 33 Juta Penduduk, 72 Daerah Di Pakistan Terjejas Banjir

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2022 3:46PM

Penduduk wilayah Balochistan memindahkan barang-barang mereka selepas kediaman mereka dilanda banjir - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISLAMABAD - Lebih 33 juta penduduk dan 72 daerah terjejas akibat banjir yang berterusan di Pakistan yang dibawa oleh hujan monsun musim ini yang bermula pada pertengahan Jun, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), lapor Xinhua.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NDMA pada Ahad malam, wilayah Sindh di selatan negara itu kekal sebagai wilayah paling teruk dilanda banjir dengan 23 daerahnya dan lebih 14.5 juta penduduk terjejas akibat banjir.

Laporan itu menambah wilayah kedua paling terjejas adalah barat daya Balochistan, dengan lebih 9 juta penduduknya dan 31 daerah terjejas.

Negara itu mengalami peningkatan 188 peratus dalam purata hujan sepanjang musim ini sehingga 28 Ogos, berbanding purata hujan sepanjang tiga dekad yang lalu, kata laporan itu.

Purata hujan 30 tahun di Pakistan adalah 135mm manakala pada musim monsun tahun ini, ia meningkat kepada 390mm.

NDMA berkata wilayah Sindh mencatatkan peningkatan 470 peratus dalam hujan, dengan 697mm musim ini berbanding 122mm purata hujan dalam tempoh 30 tahun lepas, diikuti oleh wilayah Balochistan dengan peningkatan 411 peratus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad