web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


EU Beri Amaran Akan Sekat Eksport Vaksin AstraZeneca

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 12:38PM

Ursula von der Leyen - AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengeluar vaksin AstraZeneca tidak boleh mengeksport vaksin COVID-19 itu keluar dari Kesatuan Eropah (EU) sehingga ia dapat memenuhi permintaan yang dijanjikan kepada blok tersebut.

"Saya rasa jelas bahawa pertamanya, syarikat harus mengejar, harus menghormati kontrak yang dibuat dengan negara-negara anggota Eropah, sebelum ia terlibat dalam mengeksport vaksin, " kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Beliau berkata demikian selepas pemimpin EU mengadakan pertemuan bagi membincangkan mengenai bekalan vaksin.

Pelaksanaan vaksinisasi di negara-negara EU mulai perlahan dan blok itu menyalahkan syarikat farmaseutikal terutama AstraZeneca kerana tidak memberikan dos yang dijanjikan.

AstraZeneca bagaimanapun menafikan ia gagal memenuhi kontraknya.

Von Der Leyen sebelum ini memberi amaran bahawa EU akan mempertimbang untuk mengenakan larangan eksport ke atas syarikat berkenaan. 

Amaran itu dikeluarkan bagi memastikan AstraZeneca berjaya memenuhi komitmennya dengan EU terlebih dahulu.

Fokus pertikaian terbaru adalah mengenai kilang AstraZeneca di Netherlands, di mana Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson mendakwa ia adalah sebahagian daripada rantaian bekalan vaksin Britain.

Dalam pada itu, Johnson memberi amaran sebarang sekatan adalah tidak masuk akal.

Menurut Johnson, sekatan itu akan hanya mengancam program vaksinasi di UK, yang setakat ini lebih berjaya daripada program vaksin kebanyakan negara anggota EU.

Von der Leyen dalam twitternya sebelum ini memaklumkan EU telah mengeksport 77 juta dos vaksin kepada 33 negara sejak Disember. - BBC

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran