Berita Terkini

7 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Berpuluh Juta Penduduk Indonesia 'Mudik' Sambut Aidilfitri

Luar Negara Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 9:52AM

Keadaan di sepanjang jalan di Surabaya ketika penduduknya balik kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berjuta-juta penduduk Indonesia balik ke kampung mereka sejak Khamis lalu, dari bandaraya Jakarta serta bandar besar lain bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri, iaitu tradisi yang telah terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Jalan bertol, stesen kereta api, terminal bas dan pelabuhan dipenuhi orang ramai yang teruja dengan perjalanan pulang ke kampung, yang dikenali sebagai "mudik".

Kementerian Pengangkutan Indonesia menganggarkan 85 juta penduduknya akan balik kampung tahun ini selepas sekatan COVID-19 dilonggarkan.

Kira-kira 14 juta orang bergerak dari Jakarta, menempuh kesesakan trafik semata-mata untuk meraikan 1 Syawal dengan keluarga.

"Saya gembira kerana dapat balik kampung dan bertemu keluarga. Saya tidak dapat balik kampung sebelum ini kerana pandemik,'' kata Ika Siti Mariamah, yang menempuh perjalanan 260 kilometer untuk balik ke Jawa Barat dengan bas, bersama suami dan anaknya.

''Saya sangat gembira dapat balik kampung dengan selamat, ini kali pertama saya balik kampung,'' kata seorang lagi penduduk, Husni Rifandi.

Keghairahan untuk mudik telah menghidupkan semula industri pengangkutan Indonesia yang terjejas dan terhenti semasa pandemik.

"Kami sangat mengalu-alukan keputusan kerajaan membenarkan orang ramai melakukan perjalanan mudik supaya syarikat bas di seluruh negara kembali pulih," kata Lutpi Likardi, yang bekerja di sebuah syarikat bas di Jakarta, kepada AFP.

Lebih enam juta orang dijangkiti COVID-19 dengan 156,000 kematian direkodkan di Indonesia. 

Ia menyebabkan kerajaan mengenakan sekatan dan melarang penduduknya balik kampung serta mengenakan sekatan perjalanan yang ketat untuk mengelakkan virus berkenaan merebak ke kawasan luar bandar.

Namun di sebalik sekatan berkenaan, berjuta-juta orang masih balik kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun lepas.

Tahun ini, kerajaan menggunakan mudik untuk menggalakkan penduduk Indonesia mengambil suntikan dos penggalak dan membolehkan mereka yang mengambilnya, balik kampung tanpa perlu menjalani ujian COVID-19.

Pengembara yang telah lengkap dua dos vaksin pula dikehendaki mengemukakan ujian antigen pantas negatif manakala mereka yang hanya menerima dos pertama atau tidak divaksinasi mesti mengambil ujian PCR tidak lebih 72 jam sebelum berlepas.

Kira-kira 80 peratus daripada 208 juta sasaran populasi di Indonesia telah lengkap vaksinasi manakala 36 juta penduduk telah mendapat suntikan dos penggalak. - AFP

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penarikan Semula Ubat Batuk Dengan Pholcodine Prosedur Standard

oleh Adam Ayzzat

Politik 1 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

oleh Sofian Baharom

Semasa 7 jam yang lalu

Korupsi Dalam Kalangan Anggota Penguat Kuasa Semakin Kronik, Membimbangkan - SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Adakan Lawatan Rasmi Ke Kemboja Esok