web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sri Lanka Sekat Media Sosial, Bendung Protes

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2022 12:05PM

Orang ramai membeli bahan keperluan selepas kerajaan Sri Lanka mengumumkan perintah berkurung 36 jam di Colombo mulai Jumaat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sri Lanka telah menyekat akses kepada platform media sosial pada Ahad, selepas negara berkenaan melaksanakan perintah berkurung pada hujung minggu bagi membendung protes yang semakin meningkat terhadap krisis ekonomi negara itu.

Negara Asia Selatan itu menghadapi kekurangan makanan, bahan api dan keperluan lain yang kritikal, selain kenaikan harga secara mendadak dan pemotongan bekalan elektrik dalam kemerosotan yang paling teruk sejak memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 1948.

Presiden Gotabaya Rajapaksa melaksanakan perintah berkurung pada Jumaat, sehari selepas orang ramai cuba menyerbu ke rumahnya di ibu negara Colombo, dan perintah berkurung itu berkuatkuasa sehingga pagi Isnin.

Facebook, YouTube, Twitter, Instagram dan WhatsApp adalah antara platform yang disekat oleh penyedia perkhidmatan internet atas arahan pihak berkuasa, menurut saluran berita pro kerajaan, Ada Derana.

''Atas arahan Kementerian Pertahanan, penyedia perkhidmatan dinasihatkan untuk menyekat sementara platform media sosial," kata penyiar itu, memetik pengawal selia media Sri Lanka.

Aktivis tanpa nama telah menggesa protes besar-besaran diadakan pada Ahad menerusi media sosial sebelum perintah berkurung berkuat kuasa.

Beratus-ratus orang mengingkari perintah berkurung pada malam Sabtu dan mengadakan tunjuk perasaan kecil di pelbagai kawasan kejiranan Colombo, namun bersurai secara aman, kata polis dan penduduk.

Hashtags anti kerajaan "#GoHomeRajapaksas" dan "#GotaGoHome" telah menjadi trending selama beberapa hari di Twitter dan Facebook selepas kekurangan barangan keperluan yang teruk, kenaikan harga mendadak dan pemotongan bekalan elektrik.

Menurut polis, seorang aktivis media sosial telah ditahan pada Jumaat kerana didakwa memuatnaik bahan-bahan yang boleh mencetuskan kekacauan awam.

Sementara duta-duta negara barat di Colombo telah menyatakan kebimbangan terhadap penggunaan undang-undang darurat untuk menyekat perbezaan pendapat demokrasi dan memaklumkan mereka memantau perkembangan dengan teliti.

Pasukan tentera telah dikerahkan ke seluruh negara untuk mengawal keadaan.

Kekurangan mata wang asing yang kritikal telah menyebabkan Sri Lanka bergelut untuk membayar hutang awamnya yang melonjak $51 bilion, dengan pandemik telah menjejaskan pendapatan penting daripada pelancongan dan kiriman wang.

Krisis itu juga menyebabkan negara yang bergantung kepada import itu tidak dapat membayar barangan yang sangat diperlukan.

Kekurangan diesel telah mencetuskan kemarahan di seluruh Sri Lanka dalam beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan protes kerana pam minyak kosong, dan pelaksanaan 13 jam pemotongan bekalan elektrik bagi menjimatkan bahan api.

Ramai pakar ekonomi menyatakan bahawa krisis itu telah diburukkan lagi oleh salah urus kerajaan, pinjaman terkumpul selama bertahun-tahun dan pemotongan cukai yang tidak diingini.

Sri Lanka sedang dalam rundingan untuk langkah penyelamatan daripada Dana Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan telah menimbulkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan untuk membayar hutang awamnya yang meningkat sebanyak $51 bilion. - AFP

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Peranan Penasihat NFCC Cetus Persoalan, Hamzah Tuntut Penjelasan Pelantikan Azam Baki

oleh Sophia Ahmad