web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rancangan perjalanan rakyat China punah

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 10:14AM

Seorang wanita sedang diuji untuk COVID-19 di sebuah hospital di Beijing pada 28 Jan. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING – Rancangan perjalanan untuk jutaan rakyat China menjadi sukar menjelang perayaan Tahun Baharu Cina setelah kerajaan memberi ‘nasihat’ agar penduduknya duduk di rumah bagi memastikan kes virus COVID-19 kekal rendah.

Khamis lalu, pihak berkuasa memberi amaran bahawa Beijing sedang mengalami situasi COVID-19 yang kompleks, ketika permulaan tempoh puncak perjalanan selama 40 hari untuk cuti Tahun Baharu Cina bermula.

Perayaan itu, untuk kebanyakan warga China adalah satu-satunya peluang untuk mereka pulang ke kampung halaman masing-masing dan bertemu dengan sanak-saudara.

Namun disebabkan kenaikan kes COVID-19, pihak berkuasa telah menghadkan pergerakan dengan melaksanakan perintah berkurung di kawasan tertentu, ujian virus dan sekatan pergerakan.

China belum lagi mengeluarkan arahan agar penduduknya duduk di rumah namun telah menghadkan pergerakan. Ia mengakibatkan ratusan penerbangan keluar dan masuk ke Beijing telah dibatalkan pada Khamis lalu, mengikut pengesan penerbangan VariFlight.

Ujian virus secara besar-besaran juga telah dilaksanakan beberapa kawasan di Beijing di mana kluster kecil telah dikesan. Pada masa sama China juga telah memulakan calitan dubur untuk menguji golongan dianggap berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. – AFP, 29 Januari 2021  

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

Semasa 1 hari yang lalu

Kemalangan Maut Simpang Renggam: Jenazah 4 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

Politik 1 hari yang lalu

SPR: Daftar Pemilih Johor Cecah 2.7 Juta Menjelang PRN

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Azam Baki Beri Keterangan, Nafi Ugut Ahli Perniagaan

oleh Sophia Ahmad