web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19: Thailand Rancang Suntik Vaksin Untuk Murid 5-11 Tahun

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:11AM

Kementerian Pendidikan dijangka membuka pendaftaran vaksin dalam talian untuk kanak-kanak berumur 5-11 tahun menjelang akhir bulan ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand merancang untuk memberi vaksin COVID-19 kepada 5.2 juta murid berumur lima hingga 11 tahun.

Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjelaskan kepada ibu bapa dan membenarkan anak-anak mereka disuntik.

“Kementerian Pendidikan dijangka membuka pendaftaran vaksin dalam talian untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun menjelang akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Biro Komunikasi Risiko dan Pembangunan Tingkah Laku Kesihatan Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Sumanee Watcharasin berkata kerajaan mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 untuk kumpulan kanak-kanak itu.

Beliau berkata vaksin itu dijangka tiba akhir bulan ini atau awal bulan depan.

"Suntikan vaksin akan bermula dengan kanak-kanak berumur 11 tahun dan diikuti urutan umur mereka," katanya.

Bulan lalu, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Thailand meluluskan penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 untuk kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun.

Sementara itu, Dr Sumanee berkata walaupun kes COVID-19 dikesan di sekolah, belum ada rancangan untuk menutupnya kerana sekolah telah melaksanakan langkah kawalan yang berkesan untuk membendung penularan COVID-19.

Sehingga Selasa, 95 peratus pelajar berumur 12 tahun ke atas sudah menerima suntikan dos pertama COVID-19 manakala 70 peratus lengkap divaksin. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik