web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Perkahwinan Penyebab 63 Ekor Ayam Mati

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2021 3:16PM

63 ekor ayam mati dipercayai akibat bunyi muzik yang kuat. - Gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BHUBANESWAR - Majlis perkahwinan tradisional yang dimeriahkan dengan muzik, tarian dan bunga api telah dipersalahkan kerana menyebabkan kematian 63 ekor ayam.

Pemilik ladang ternakan ayam di Odisha, Ranjit Kumar Parida, berkata muzik yang kuat dari majlis berkenaan telah menjejaskan ayam ternakannya.

''Saya telah meminta pemain muzik untuk merendahkan bunyi muzik pada majlis berkenaan kerana ia sangat kuat dan menakutkan ayam-ayam berkenaan. Namun mereka tidak menghiraukannya malah rakan-rakan pengantin memarahi saya,'' kata Parida kepada AFP.

Doktor haiwan memberitahu Parida bahawa ayam ternakannya itu mati akibat serangan jantung. Susulan itu, dia telah membuat laporan polis dan meminta penganjur majlis perkahwinan terbabit membayar pampasan.

Dalam pada itu, pakar zoologi India, Profesor Suryakanta Mishra yang menulis buku tingkah laku haiwan memberitahu Hindustan Times bahawa bunyi bising telah meningkatkan penyakit kardiovaskular pada burung.

"Keterujaan melampau atau tekanan secara tiba-tiba akibat muzik yang kuat boleh mengganggu biologi binatang," kata Mishra.

Pihak polis bagaimanapun meminta pihak-pihak yang terbabit dalam parkara itu supaya menyelesaikannya secara bersama.

''Kami tidak memulakan sebarang tindakan kerana (penternak ayam) menarik balik aduannya,'' kata polis. - AFP

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar