web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: UK Rekod 42,408 Kes Baharu, 195 Kematian

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 8:57AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

United Kingdom (UK) merekodkan 42,408 kes COVID-19 baharu dan 195 kes kematian pada Khamis, demikian menurut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Ia merupakan peningkatan daripada 35,541 kes pada Rabu, sekali gus menunjukkan pertambahan jangkitan daripada 32,265 yang dilaporkan minggu lepas.

Angka kematian, pada masa sama, juga meningkat daripada 142 yang laporkan pada Rabu lepas.

Jumlah terbabit diperolehi selepas beribu-ribu kakitangan penjagaan kesihatan yang tidak mendapat dua dos suntikan COVID dilarang bekerja di pusat jagaan, melainkan mereka mendapat pengecualian dari segi perubatan.

Statistik yang dikeluarkan oleh NHS England menunjukkan lebih 56,000 kakitangan di pusat jagaan untuk remaja dan warga emas tidak direkodkan sebagai telah menerima kedua-dua dos setakat 7 November, iaitu empat hari sebelum tarikh akhir semalam.

Dalam pada itu, badan pemikir kesihatan Dana Diraja berkata, kekurangan tenaga kerja yang kronik telah memberikan tekanan ke atas kakitangan yang keletihan akibat pandemik berkenaan manakala masa menunggu untuk mendapatkan rawatan dan ambulan untuk bertindak terhadap panggilan 999, adalah lama.

Data tersebut, dari NHS England itu menunjukkan 5.8 juta orang menunggu untuk memulakan rawatan pada penghujung September, iaitu jumlah tertinggi sejak Ogos 2007. - London Evening Standard

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad