web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Arab Saudi Perincikan Definisi 'Tempat Awam' Untuk Longgarkan SOP

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 2:20PM

Gambar yang dirakamkan pada 10 Januari 2020 menunjukkan orang ramai berkelah di Jeddah. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memperincikan definisi ‘tempat awam’ yang dibenarkan masuk dengan dan tanpa pelitup muka.

Sumber Kementerian itu yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA) pada Rabu menyebut individu yang sudah divaksin sepenuhnya tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam terbuka seperti di taman dan dataran awam serta di ruang kaki lama.

Sementara tempat awam yang berdinding dan tertutup, walaupun dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh pemakaian pelitup muka masih diwajibkan dan masih tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Ruangan tertutup ini termasuklah stadium, dewan acara yang mampu memuatkan 500 orang ke atas pada satu-satu masa, premis yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna, koridor dan kawasan terbuka dalam kompleks komersial, di dalam masjid, pasar awam dan premis-premis perniagaan kecil.

Menurut sumber itu lagi, MOI turut menggesa orang ramai yang telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 untuk mengambil dos penggalak selepas enam bulan, untuk mencapai imuniti kelompok.

Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah menerusi Twitter mengulangi amaran denda SR10,000 bagi pengunjung yang mengerjakan umrah tanpa permit sah dan SR1000 bagi yang memasuki perkarangan Masjidil Haram tanpa permit.

Kementerian turut meminta warga Saudi dan ekspatriat mematuhi arahan dengan mendapatkan permit untuk menunaikan umrah dan solat di Masjidil Haram melalui aplikasi Eatmarna. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar