web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Shah Rukh Khan Dibenar Ikat Jamin

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:48AM

Aryan Khan - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW DELHI - Mahkamah India pada Khamis membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan Khan, 23, anak bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang ditahan agensi narkotik atas tuduhan berkaitan dengan rampasan dadah.

Aryan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini.

Dalam penghakiman itu, Mahkamah Tinggi Bombay membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan dan dua lagi yang mempunyai kaitan dengan kes ini.

Isu dadah sejak beberapa hari ini mencetuskan kontroversi berikutan timbul dakwaan manipulasi saksi, bukti palsu serta tuduhan cuba memeras berjuta dolar sebagai tebusan daripada bintang filem itu.

Nawab Malik, seorang menteri Kerajaan Maharashtra sebelum ini menuduh agensi dadah yang dikawal kerajaan persekutuan, tidak mempunyai kes kukuh ke atas anak lelaki pelakon itu.

Media pula melaporkan, tiada sebarang dadah terlarang ditemukan pada Aryan.

Ketika masih diselubungi kontroversi, polis di bandar raya Pune, kira-kira 150 kilometer dari Mumbai pada Khamis, menahan Kiran Gosavi, lelaki yang dikatakan sebagai penyiasat persendirian dan menjadi saksi kes dadah berkenaan, berhubung kes penipuan pada 2018.

Swafoto Gosavi bersama  Aryan Khan tular di media sosial mencetuskan persoalan mengenai hubungan penyiasat itu dengan NCB

Pengarah Wilayah Agensi itu, Sameer Wankhede, sebelum ini memohon perlindungan mahkamah selepas beliau ditahan atas tuduhan salah laku. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 19 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar