web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bisa Tedung Jadi 'Alat' Bunuh Isteri

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 2:55PM

Suraj (tengah) dan Uthra (kiri). - Gambar BBC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lepas, seorang lelaki dari India telah dihukum penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh isterinya dengan menggunakan bisa ular tedung, dalam kes kejam yang menggemparkan negara itu.

Dalam kejadian pada April tahun lepas itu, Suraj Kumar, 28, membeli ular senduk daripada seorang lelaki pada harga 7,000 rupi. Penjualan ular adalah diharamkan di India, justeru pembelian berkenaan dijalankan secara haram di Kerala.

Suraj kemudiannya memasukkan ular terbabit ke dalam kontena plastik dan membawanya pulang ke rumah mertuanya, di mana Uthra sedang menjalani proses penyembuhan, selepas dipatuk oleh seekor ular jenis Russell, iaitu ular paling berbisa yang menyebabkan kematian beribu-ribu orang di India.

Patukan ular itu menyebabkan Uthra terpaksa dirawat di hospital selama 52 hari dan menjalani tiga pembedahan yang menyakitkan.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Uthra sekali lagi diuji, kali ini datangnya daripada suaminya sendiri.

Dalam kejadian itu, Suraj telah memberi Uthra minum air yang mengandungi ubat tidur dan apabila isterinya tidur, dia mengambil ular dari kontena plastik itu lalu meletakkan reptilia terbabit di atas badan Uthra.

Ular itu melarikan diri, namun ditangkap oleh Suraj dan dia kemudian memegang kepala reptilia terbabit lalu menekan di lengan isterinya menyebabkan tedung terbabit mematuk Uthra sebanyak dua kali.

Keesokannya, apabila ibu Uthra memasuki bilik, dia mendapati anaknya terbaring dengan mulut terbuka.

Ketika itu Suraj juga berada di situ namun tidak mempedulikan keadaan isterinya sebaliknya memaklumkan dia enggan mengganggu tidur wanita terbabit.

Uthra dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat racun ular.

Bedah siasat mendapati terdapat dua kesan patukan di kaki wanita terbabit manakala darahnya pula mengandungi ubat tidur serta bisa ular tedung. Bisa tedung boleh membunuh dalam masa beberapa jam dan melumpuhkan sistem pernafasan badan.

Suraj ditangkap pada 25 Mei lalu dan selepas siasatan dijalankan dia dihadapkan ke mahkamah.

Pasangan itu berkahwin dua tahun lalu menerusi perkahwinan yang diatur oleh orang tengah.

Suraj adalah anak kepada penarik beca manakala Uthra yang mengalami masalah pembelajaran, adalah anak kepada pedagang getah.

Ketika mereka berkahwin, Suraj menerima mas kahwin sebanyak 768 gram emas bernilai $32,000, sebuah kereta Suzuki sedan dan wang tunai  400,000 rupi setiap bulan daripada ibu bapa Uthra kerana menjaga anak perempuan mereka. - BBC

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar