web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bali Dibuka Semula Kepada Pelancong Mulai 14 Oktober

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 3:43PM

Pulau Bali yang ditutup lebih setahun susulan pandemik COVID-19, akan dibuka semula pada 14 Oktober ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Indonesia akan membuka semula Pulau Bali kepada pengembara terpilih minggu depan, kata salah seorang menteri kanannya, selepas pandemik COVID-19 menyebabkan pulau tumpuan pelancong itu kehilangan punca pendapatan.

Lapangan Terbang Ngurah Rai akan dibuka kepada pengembara antarabangsa dari Korea Selatan, China, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Dubai dan New Zealand pada 14 Oktober ini, kata Menteri Pelaburan dan Maritim, Luhut Panjaitan pada sidang media.

Pembukaan semula itu, bagaimanapun tidak melibatkan Australia, sumber utama pelancong di situ, sebelum pandemik bermula.

"Lapangan Terbang Ngurah Rai di Bali akan dibuka pada 14 Oktober 2021, selagi ia memenuhi syarat kuarantin, ujian COVID-19 dan kesiapsiagaan Pasukan Petugas,'' kata Luhut.

Semua pelancong antarabangsa akan diminta mengemukakan bukti tempahan hotel dan menjalani mandatori kuarantin lapan hari atas perbelanjaan sendiri, namun tidak jelas apa sekatan lain yang mungkin akan dikenakan.

Indonesia berdepan dengan penularan varian Delta dan pada pertengahan Julai, ia merekodkan lebih 56,000 kes COVID baharu, hanya dalam masa sehari.

Kerajaan mengumumkan perintah berkurang di kawasan yang teruk dijangkiti virus itu termasuk menutup perniagaan yang tidak penting serta menghadkan pergerakan orang ramai.

Ekonomi Bali yang bergantung kepada pelancongan telah terjejas teruk akibat pandemik dan kehilangan berjuta-juta pengunjung.

Namun kes COVID menurun selepas kerajaan mempertingkatkan vaksinasi, dengan kes baharu dilaporkan adalah 922 kes dan jumlah kematian yang direkodkan pada Isnin adalah 88 kes.

Pihak berkuasa telah mula melonggarkan sekatan selepas jumlah kes jangkitan dan kematian akibat COVID menurun, termasuk di Bali.

Pusat beli-belah, pawagam dan pejabat di kebanyakan bandar telah mula dibuka namun kapasiti dikurangkan.- AFP

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar