Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


COVID-19, Kematian, Kisah Dan Teladan

Membaca kisah mereka serta menonton sedutan temu ramah di media elektronik membuat kolumnis kami, Wirda Adnan, kagum dengan kasih sayang antara Shuib Sepahtu dan isterinya Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 1:32PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Kalaulah aku bisa membawamu kembali

Untuk seketika

Duduk di beranda, bercerita

Disaksikan bulan purnama, bercahaya memandang wajahmu sungguh jelita

Sayang, terlalu berharga saat kita bersama

Membina istana mahligai cinta 

Kau curahkan segalanya, bahagia tidak terkata

Allah lebih menyayangimu

Di subuh hening lidahku kelu

Aku kehilanganmu

Separuh nyawaku dibawa bersamamu

Rindu

Sungguh rindu

Di dalam mimpi untuk bertemu 

Bidadari syurgaku’

Isnin, 9 Ogos 2021, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah Raisuddin setelah ditidurkan 48 jam.

Perginya kerana wabak, perginya juga kerana melahirkan anak, belum sempat menatap wajah anak, belum sempat bayi merasa susu ibunya. Perginya dengan reda suami dan diratapi ramai.

Perginya hari Isnin di akhir bulan Zulhijah memasuki awal Muharam. Masya-Allah! Indah lagi ditambah dapat mengucap kalimah syahadah sebelum ditidurkan. Bertuah sungguh Sarah.

Gambar: YouTube Rifda Chan
Gambar: YouTube Rifda Chan

A good marriage isn’t something you find, it’s something you make, and you have to keep on making it.

Membaca kisah Sarah dan Shuib serta menonton ulang tayang sedutan temu ramah di stesen-stesen TV dan sebagainya, ditambah lagi mendengar cerita rakan-rakan terdekat mereka dan pengakuan sang suami sendiri, saya kagum sebenarnya. 

Kagum kerana semakin lama mereka hidup bersama semakin dalam kasih sayang. “Terima kasih Allah kerana memberikan saya kebahagiaan selama 11 tahun hidup bersamanya,” kata Shuib.

Dan apa yang menjadikan hubungan mereka semakin erat? Kerana isteri yang taat kepada suami, kerana senangnya hati isteri dilayan bagai permaisuri. Kerana gembiranya sang suami dilayani bagaikan dia raja. 

Walau tidak selalu memasak kata sang suami, “Tetapi bila memasak masya-Allah sedap tidak terkira.” Ya, suami yang tidak jemu dengan pujian. Suami yang berterima kasih akan pengorbanan isteri, suami yang faham hati dan perasaan seorang isteri.  

Bila sakit ambil peduli, dibantu merawatnya dan menemaninya sehingga dia sihat sepenuhnya. Bila sepi dihiburkan. “Ketawanya sahaja boleh menghiburkan aku,” katanya. Bila sedih diberikan kata-kata perangsang untuk menggembirakan. 

Suami yang sentiasa faham akan kemahuan lantas memenuhi permintaan isteri dan keluarga mengikut kemampuannya. 

The Prophet peace be upon him said, “A man’s spending on his family is a deed of charity (Sahih Bukhari). 

Suami yang tidak membebankan isteri dengan segala kerja rumah dan melayan anak tidak hanya terletak semua di bahu isteri sahaja. 

Suami yang bertanggungjawab, yang melayan seluruh ahli keluarga dengan baik. Menghormati kedua ibu bapanya. Menerima seadanya, susah senang dilalui bersama. 

Isteri yang berterima kasih dan tidak suka meminta-minta. Isteri yang sentiasa bercakap baik mengenai suaminya, tidak menjual cerita, tidak sesekali cuba memalukannya. 

Tidak menyekat kebebasan, tidak cemburu membabi buta. Tidak cuba meng‘control’ hidupnya. Bila begini, suami berasa damai. 

Apa lagi yang dimahukan seorang suami, bila isteri mendengar kata, bila isteri malayan sebaiknya, bila isteri memberikan kata semangat dan perangsang untuk terus maju. Bila isteri turut serta memajukan perniagaan?

Bilamana suami dan isteri tidak lupa berdoa kesejahteraan rumah tangga mereka. Duduk bersama di tikar sembahyang memohon rahmat-Nya.

“Ya Allah, limpahkan kepada kami cinta dan cukupkan bagi kami dengan reda-Mu. Jadikan kami sebagai suami isteri yang saling mencintai dikala dekat dan saling menjaga kehormatan diri di kala jauh. Saling menghiburkan di kala duka dan saling mengingati di kala bahagia. Saling mendoakan dalam kebahagiaan dan saling menyempurnakan dalam beribadah kepada-Mu.”

 Ya Allah seronok mendengar cerita mereka. Berapa ramai antara kita yang bila suami keluar bekerja, sang isteri menitipkan doa, atau bilamana isteri turut sama membanting tulang untuk kecukupan rumah tangga, suami berdoa kesejahteraannya? 

Jom anak-anakku doakan ini untuk suami atau isterimu. “Ya Allah ya Tuhan kami. Berikan suamiku/isteriku kemudahan mencari rezeki demi keluarga ini. Ketuklah pintu hatinya agar dia tidak pernah lalai dalam menjalankan kewajibannya. Jagalah dia ya Allah, agar selamat dalam lindungan-Mu.”

Ya, anak-anakku di luar sana dan para suami khasnya, jangan sampai isterimu meninggal baru menyesal. 

Kebetulan tiga minggu lalu saya menerima kiriman rencana daripada seorang suami. Lebih 20 tahun berkahwin, ceritanya, dia tidak beberapa sedar anak-anaknya sudah remaja. Dan isteri menjadi tempat dia melepaskan marah. 

“Isteri padaku tidak lain sebagai babu di rumahku.” Yang dia tahu hanya memerintah, salah sikit bertempik, bahasa digunakan kasar; ‘bodoh, jahanam, pergi mampus’ dan aku kamu menggantikan sayang dan abang. 

Tak kira waktu, bekerja atau cuti suka hati dia hendak balik jam berapa. Musim PKP masih lepak di rumah bujang kawan. Satu hari dia positif COVID-19 dan berjangkit pada isteri, dibawa ke hospital dan isteri tidak lagi pulang selepas itu. 

Menyesal tak sudah.

Waktu dalam hidup ini bernilai bukan kerana panjangnya usia tetapi kerana kebaikan yang kita lakukan dalam hidup kita - Muhamad Agus 

Dan kawan-kawan pun bercerita, arwah Sarah banyak bersedekah, tetapi tidak mahu diuar-uarkan. “Jangan pula diberitahu, aku yang memberikan, katakan seorang hamba Allah,” pesannya. 

Dia teringat akan jasa wartawan itu menaikkan namanya dan sekarang insan itu di dalam kesusahan, seperti juga dia dulu susah untuk menaikkan namanya. Membalas jasanya lalu diisikan di dalam bank cukup untuk melegakan hidupnya buat sementera. 

“Sungguh, sehingga dia pergi aku tidak dapat mengatakan terima kasih, kerana itu sepatutnya menjadi rahsia si pemberi.” Itu antara seorang daripada seribu yang dibantunya. 

Cerita seorang pembantu peribadinya, “Sarah amat percaya, bila kita memberi, Allah menambahkan lagi rezeki berpuluh kali ganda.”

Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air itu memadamkan api (HR. At Tirmidzi).

‘Kematian pasti akan datang, entah di manapun engkau berada atau bagaimana pun keadaannya.’

‘Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh.’ surah An Nisa:78

Ya, mungkin hari ini kita di sini, tapi besok belum tentu. Maka jalanilah hidup dengan benar. Hari ini entah berapa ramai kematian.

FB dan IG saya diisi dengan warkah-warkah sedih atas pemergian orang yang dicintai. Ibu, ayah, suami isteri, anak, ada setengahnya baru hendak mengenal hidup.

Saya sebak. “Oh Allah jauhkan aku dan keluargaku, orang yang aku kenali, mahupun yang tidak aku kenali daripada malapetaka ini. Angkatlah virus ini jauh dari bumi ini.’

Sungguh, COVID is real, kata Shuib banyak kali. Dan yang membuat saya sedih, ada beberapa netizen yang bacul, “Tak habis-habis hendak mendewakan artis, selebriti.” 

Seorang lagi menulis, “Ramai di luar sana mati juga, tak pun heboh.” “Sedihlah sangat tu, esok lusa dia pun lupa, entah-entahlah tanah kubur masih merah, dia sudah kahwin lagi.” “Hai nampaknya sudah ramai pulak jadi Tuhan, sudah tahu dia masuk syurga atau neraka.” Allahu Akbar.

Kepada yang tidak berhati perut ini, jawapan saya, setiap yang pergi pasti ditangisi. Lebih ramai yang mengenali, lebih ramai pula yang menangisi dan mendoakan, itu bahagian masing-masing, Allah yang Maha Mengetahui. Kata Al Ghazali Bayruni, ‘Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadab’.

‘Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti’ -- Hukama

‘Orang yang berkhianat terlalu hina di mata Allah.

Bertaubatlah! - Getaran, 14 Ogos 2021

Isu Pada

Whulandary – Puspa Bangsa Di Bumi Malaysia

14 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 hari yang lalu

Rona-Rona Girang Perayaan Rangwali Holi Di Kuil Shree Lakshmi Narayan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pasangan Suami Isteri Maut Dalam Nahas Di LPT2

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Letupan Di Pandan Indah: Suami Isteri Didakwa Bunuh Pelayan Restoran

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Dikecam Netizen Gara-Gara Dikatakan Menyokong Syamsul Yusof Selepas Ucap Tahniah, Ini Penjelasan Shuib 

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa