Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Mampukah Peraturan Bendung Sikap Buruk Di Jalan Raya?

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 3:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelanggaran peraturan jalan raya dan etika buruk, selalunya dikaitkan dengan penunggang motosikal muda yang menunggang dengan melulu, mengundang kemarahan serta makian dari pengguna jalan raya yang mengikut peraturan dan kawasan kejiranan yang dilalui oleh penunggang tersebut.

Ketika industri perkhidmatan jarak jauh berkembang, sasaran telah beralih ke platform penghantaran makanan, yang dikatakan 'membenar' dan 'mengizinkan' tingkah laku buruk itu.

Secara semula jadi, ia menarik perhatian kerajaan yang memaksa Kementerian Pengangkutan untuk menghasilkan kertas cadangan dasar perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan (p-hailing) untuk Kabinet, mengetengahkan satu lagi langkah kerajaan untuk mengatur industri ini secara berlebihan.

Titik pencetus kepada peraturan itu adalah hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sejak tahun 2020. Kesimpulannya: peratusan pelanggaran lalu lintas yang tinggi adalah disebabkan oleh penunggang p-hailing, oleh itu peraturan yang diusulkan itu adalah untuk mengatasi masalah ini.

Merujuk bagaimana etika tingkah laku dan lalu lintas mempengaruhi sikap menunggang, persoalan utama adalah: adakah adil untuk meletakkan sepenuh kesalahan (atau meletakkan tanggungjawab) kepada platform berkenaan sedangkan masalah utamanya adalah sikap penunggang itu sendiri?

Walaupun demikian, platform mempunyai tanggungjawab moral untuk mengingatkan penunggang mengenai nilai-nilai baik dan pematuhan peraturan jalan raya.

Platform juga memilih penunggang berdasarkan anggapan yang betul - dan sah - bahawa mereka telah, pertama, diarahkan secara rasmi dan diuji, dan kemudian diberikan lesen oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, sekali gus "berkelayakan" untuk berada di jalan raya.

Oleh itu, apa-apa "kelakuan tidak baik" lebih mencerminkan kegagalan sistemik Jabatan Pengangkutan Jalan, dan bukannya kegagalan platform untuk mendidik penunggang.

Ketika mempromosikan keselamatan dan etika di jalan raya merupakan tanggungjawab bersama, platform, sama seperti syarikat yang menggaji penghantar barang, mempunyai kawalan terhad terhadap kelakuan penunggang di atas jalan. 

Menariknya, peraturan yang dicadangkan itu telah menyimpang dari tujuan asalnya iaitu menangani pelanggaran lalu lintas yang tinggi.

Badan pemikir tempatan, The Center, dalam laporannya pada 13 Jan 2021, mendapati kemungkinan peraturan menunggang ini sebagai "peraturan berlebihan".

Sebagai contoh: platform harus melakukan dan mengesahkan pemeriksaan bahawa kenderaan yang boleh berada di jalan raya adalah bebas daripada pengubahsuaian serta melarang sesiapa yang berusia di bawah 21 tahun menjadi penunggang.

Contoh-contoh ini kelihatan sangat tidak realistik sehingga akan memaksa platform untuk menambah lapisan birokrasi dan kos yang akan menyebabkan ribuan orang hilang pendapatan - menjana peluang dan menolak fleksibiliti yang menjadi ciri-ciri gig ekonomi.

Soalan kritikal: adakah peraturan yang dicadangkan ini akan mengubah sikap dan tingkah laku penunggang serta mengurangkan pelanggaran lalu lintas, kemalangan dan kematian?

Peraturan yang dicadangkan itu, pada dasarnya, tidak kelihatan dapat menyelesaikan masalah asal.

Persoalan seterusnya: apa alasan peraturan itu dicadangkan?

Sumber industri menyatakan bahawa kerajaan bercadang: menentukan tambang yang ditetapkan oleh platform tanpa pemahaman yang jelas mengenai model perniagaan; mengenakan yuran pelesenan pada platform dan penunggang; serta memilih kursus baru untuk penunggang, menunjukkan bagaimana kerajaan mengandaikan bahawa industri ini beroperasi.

Namun, peraturan yang dicadangkan ini patut dipuji kerana bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penunggang. Namun ia tidak seharusnya mengorbankan pertumbuhan industri yang menerapkan 'pandangan populis jangka pendek' hanya kerana demografik sosio-ekonomi majoriti penunggang adalah bumiputera.

Sekiranya tujuannya adalah untuk mengatasi pelanggaran lalu lintas dan menyediakan persekitaran yang selamat untuk penunggang, maka kerajaan dan industri harus secara bekerjasama mengemukakan penyelesaian untuk mengatasinya. Menggunakan satu ukuran untuk semua, adalah pendekatan yang tidak sesuai.

Tingkah laku dan etika penunggang yang positif mesti bermula lebih awal - di sekolah, sekolah memandu / menunggang serta kerjasama dengan pihak penguatkuasaan, kerajaan dan industri secara aktif memastikan jalan yang selamat untuk semua. - Getaran, 12 Ogos 2021

Khairil Ahmad adalah perunding dengan Hann Partnership dan rakan sekutu dengan Malaysia International Chambers of Commerce and Industry Economy Group. Beliau pernah berkhidmat dengan FoodPanda Malaysia sebagai Ketua Hal Ehwal Awam, untuk menjadi pakar dalam permasalahan yang mempengaruhi industri penghantaran makanan. Beliau boleh dihubungi menerusi [email protected]

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Kolum 28 minit yang lalu

Meredah Cabaran Peralihan Tanpa Subsidi Minyak di Malaysia

oleh Nasser Ismail