Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Antara Cita-Cita Dan Harapan Keluarga

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 3:51PM

Filem Mamak Cupcake yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam dan Siti Saleha ini, diarahkan oleh Woo Min Jin manakala penulis skripnya adalah M. Zulkifli.

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dua minggu lalu, aku terima mesej di WhatsApp dari seorang rakan yang memberitahu aku filem Mamak Cupcake sedang disiarkan di saluran TV3. Filem yang dibintangi Shaheizy Sam dan Siti Saleha ini adalah istimewa kerana inilah skrip pertamaku yang difilemkan.

Walaupun telah masuk enam tahun sejak tayangan perdananya di pawagam, filem arahan Woo Min Jin ini sering diulang siar di saluran-saluran TV tempatan dan juga di Singapura dan Brunei.

Mamak Cupcake menceritakan tentang MJ (Shaheizy) seorang pewaris rangkaian restoran mamak terkenal yang sebenarnya memegang cita-cita untuk menjadi pembuat kek cawan, atau cupcake. Cita-cita ini disembunyikan dari pengetahuan ayahnya yang ingin MJ mengambil alih perniagaan keluarganya itu.

Selang beberapa hari selepas itu, aku tertarik untuk menonton sebuah filem dari Afrika Selatan di Netflix berjudul Material yang kebetulan membawa premis yang agak sama.

Dalam filem tahun 2012 itu, seorang anak lelaki yang baik terpaksa menyembunyikan minatnya dalam bidang stand-up comedy dari bapanya yang mengharapkan dia menyambung legasi kedai kain keluarga.

Walaupun kedua-dua filem ini bergenre komedi, dilema watak utama adalah sesuatu yang aku percaya ramai pernah lalui. Kita inginkan A, keluarga inginkan B. Jika kompromi tidak dicapai, perasaan tak puas hati, sedih dan terkilan akan selamanya menyelubungi sekurang-kurangnya satu pihak.

Berdekad lamanya akan bercerita tentang “what could have been”.

Sebenarnya, tak susah untuk kita faham mengapa situasi sebegini boleh berlaku. Buat mereka yang segenerasi dengan aku, tentu pernah saksikan sendiri segala keperitan hidup dan kepayahan ayah-ayah kita dalam usaha mencari rezeki dan membina keluarga, bersama-sama dengan kaum ibu yang bertungkus lumus mengasuh anak-anak sepenuh masa.

Golongan “kayangan” hanya beberapa kerat ketika itu. Yang lain, hidup serba sederhana atau pun di bawah garisan selesa. Peluang melanjutkan pelajaran terhad, tidak seperti sekarang dengan adanya lebih 500 buah institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Yang belajar sehingga peringkat LCE atau MCE sahaja (yang kemudian digantikan dengan SRP dan SPM), peluang pekerjaan tak banyak, tetapi sudah pasti lebih baik daripada mereka yang tak dapat menamatkan persekolahan langsung.

(Untuk makluman, pada tahun 1970, kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200 *info wikipedia).  

Tetapi ayah-ayah kita yang lahir ketika negara masih di bawah penjajah dulu memang bersemangat kental. Keluarga didahulukan, demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak.

Kalau ada anak-anak yang berjaya ke universiti, rasa bangganya tidak terhingga. Keluarkan apa saja duit simpanan yang ada atau terpaksa berpinjam dari saudara-mara semata-mata untuk cukupkan yuran pendaftaran dan sedikit wang saku.

Sudah tentu harapan yang disandarkan kepada anak-anak agak tinggi. Dan tak salah jika mereka menanam impian melihat anak-anak mereka berjaya menjadi pegawai kerajaan, peguam, jurutera dan sebagainya.

Jadi bayangkan apabila anak mereka ingin membuat kerja yang “bukan-bukan”. Remuk hati. Berkecai harapan. Sedangkan niat mereka hanyalah supaya anak-anak tak perlu merasai kesusahan yang pernah mereka sendiri lalui sebelum ini.

Inilah dilema yang sering tercetus di kalangan generasi aku di awal alam pekerjaan. “Bapak aku yang nak aku jadi engineer, aku minat nak menulis”. Lebih kurang beginilah yang banyak kali aku dengar sendiri.

Sememangnya konflik sebegini rumit untuk ditangani. Dan di dalam filem Mamak Cupcake, watak MJ begitu tertekan dengan perasaan bersalah sebab terpaksa menyembunyikan cita-cita sebenarnya.

Namun, kasih kepada bapanya tidak luntur dan sekalipun beliau tidak bersikap kurang ajar dalam menghadapi ujian ini.

Tapi malangnya kini, konflik ‘generation gap’ sering ditangani berpandukan ego dan kemahuan diri semata-mata. Dan oleh kerana sikap hanya segelintir politikus goblok, generasi ayah dan atuk kita kini diperlekehkan dengan panggilan “boomers”, memberi gambaran mereka ini kurang bijak dan hanya mementingkan diri.

Begitu juga dengan sikap sebahagian daripada generasi kini di tempat kerja yang cepat untuk merasakan mereka lebih hebat dalam segala bidang berbanding pekerja-pekerja yang 15 atau 20 tahun lebih senior yang hanya dianggap menyemak dan mengisi kuota.

Ya, mungkin anda lebih tangkas menggunakan sistem operasi terbaharu Microsoft, dan mungkin video TikTok anda diulangciap oleh ribuan “pengikut”, tidak bererti anda “entitled” untuk membuang terus sifat hormat kepada mereka yang lebih berusia, yang juga menjadi tuntutan agama.

Di akhir cerita Mamak Cupcake, MJ, yang tidak langsung memberontak atau membentak ayahnya, mengutuskan surat bagi meluahkan hasrat untuk terus mengejar cita-citanya.

Dan akhirnya, kompromi tercapai apabila bapanya saksikan sendiri keupayaan luar biasa MJ membuat cupcake dan menerima kenyataan yang bakat MJ tidak harus dipersiakan.

Dan itulah yang lebih manis dan afdal sebenarnya dalam hidup ini. Hormat kepada ibu bapa dan keluarga dan tidak sesekali berpatah arang.

Jangan tertewas dek ego melangit sehingga tersembam tanpa penyelesaian. Dengan izinNya, serumit mana pun konflik, akan bertemu penyelesaian yang terindah buat semua.

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Selain daripada “Mamak Cupcake”, beliau juga merupakan penulis skrip filem “Showdown The Movie”.

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Kolum 1 hari yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan