web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Sebalik Olimpik 'Pelik', Kilauan Emas Mungkin Menjelma Buat Malaysia

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 10:19AM

Gambar menunjukkan Stadium Olympic Tokyo, tempat utama untuk penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berjuta-juta ringgit wang rakyat dibelanjakan untuk persiapan atlet-atlet negara ke temasya Olimpik. 

Sudah pasti, ramai yang dahagakan pulangan pelaburan tersebut dalam bentuk pingat, terutama pingat emas yang masih belum dimenangi oleh atlet Malaysia.

Tetapi Olimpik di Tokyo kali ini benar-benar berbeza. Pertama sekali, ia telah ditunda akibat pandemik COVID-19 yang melumpuhkan ekonomi dunia serta menyebabkan kalender sukan teruk terjejas.

Tahun lepas, atlet-atlet Malaysia hanya mampu menyertai 32 daripada 89 acara untuk menyiapkan diri ke Olimpik. Tahun ini pula, mereka hanya dapat menyertai 21 acara. Ini disebabkan peningkatan kes COVID-19 di negara tuan rumah.

Ramai atlet negara tidak dapat menikmati perlawanan antarabangsa. Ini telah menjejaskan persiapan mereka secara fizikal dan mental.

Pemain-pemain badminton sebagai contoh, makan, berlatih sesama sendiri dan tidur di Akademi Badminton Malaysia selama beberapa bulan disebabkan kawalan pergerakan di Malaysia. Mereka terpaksa 'dikurung' sekali lagi apabila ke Jepun dan perlu dikuarantin selama 14 hari apabila kembali ke tanah air.

Olimpik, yang sepatutnya diadakan tahun lalu, akan membuka tirai esok (Julai 23). 30 negara telah pun berada di Jepun untuk beraksi dalam satu Olimpik yang agak 'pelik' dan berlainan.

Pelik dan berlainan kerana atlet-atlet terbaik di dunia akan berkampung dalam suasana ala "lockdown", pergerakan mereka terhad dan berdepan dengan stadium tanpa penonton.

Namun, pihak kerajaan telah baru-baru ini mensasarkan tiga pingat daripada kontinjen negara. Salah satu daripada pingat tersebut merupakan emas.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang merupakan antara 30 atlet yang mampu meraih pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican, sasaran tiga pingat, termasuk emas, adalah hasil perbincangan kementerian bersama atlet, jurulatih serta pegawai-pegawai dari persatuan sukan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Atlet-atlet mempunyai sasaran sendiri, samada memperbaharui rekod peribadi, rekod rantau atau berada di podium di Tokyo.

Singapura dan Vietnam, sebagai contoh, tidak meletakkan sebarang sasaran kali ini disebebkan pelbagai faktor. Yang utama sekali, kedua-dua negara tersebut tidak ingin membebani atlet-atlet mereka. Thailand pula mengharapkan tiga pingat emas kali ini dan Filipina, seperti Malaysia, juga mensasarkan satu pingat emas Olimpik.

Olimpik kali ini berbeza buat kontinjen negara di mana Chef de Mission, Datuk Lee Chong Wei akan menyuntik kata-kata semangat dari Kuala Lumpur, dan bukannya di Tokyo.

Olimpik kali ini juga 'pelik' kerana tidak ramai yang begitu teruja jika dibandingkan dengan edisi-edisi sebelumnya. Mungkin kerana ramai sudah pun tertekan dengan ekonomi yang masih malap, senario politik di Malaysia yang tidak stabil serta perang COVID-19 yang bagaikan tiada kesudahan.

Namun, kejayaan atlet negara akan mampu memberi senyuman untuk rakyat Malaysia walaupun hanya untuk seketika.

Kepada kontijen negara, lakukan yang terbaik untuk diri anda, keluarga dan demi Malaysia. - Getaran, 21 Julai 2021

Haresh Deol seorang wartawan yang mempunyai pengalaman dalam media sejak tahun 2000. Beliau adalah pemenang dua kali Anugerah Institut Akhbar Malaysia, merangkul tujuh anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia dan panelis antarabangsa The Guardian yang memilih 100 pemain bola sepak terbaik dunia bagi tahun 2016, 2019 dan 2020. Beliau boleh dihubungi di akaun Twitternya @HareshDeol.


 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori