Berita Terkini

9 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pesanan Buat Pemesan Makanan Tapau / Bungkus!

Abang Brian berkongsi perihal baik dan buruk pemesanan makanan dalam talian.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 9:17AM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lebih daripada setahun kita berdepan dengan wabak penyakit yang telah membawa kepada pengenalan norma baru.

Saranan demi saranan daripada pelbagai pihak dan pelbagai SOP telah diperkenalkan untuk mengurangkan pergerakan bagi mengawal penyebaran penyakit yang semakin merunsingkan ini.

Ini termasuklah beberapa fasa di mana orang ramai diminta untuk duduk di rumah melainkan urusan yang betul-betul penting.

Sepertimana diarahkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan lanjutannya yang diumumkan baru-baru ini, orang ramai masih lagi tidak dibenarkan untuk makan di restoran dan hanya pesanan bawa pulang atau food delivery dibenarkan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Sejujurnya, sebagai seorang chef juga, kekadang kita inginkan kelainan dan rehat daripada masak setiap hari. Oleh itu, makin ramai yang menggunakan perkhidmatan pesanan makanan atas talian mererusi pelbagai aplikasi.

Walau bagaimana pun, pesanan atas talian telah temukan saya dengan pelbagai pengalaman baik dan juga buruk yang mana coretan kali ini bertujuan untuk membantu anda semua elakkan pengalaman yang tidak diingini.

 

Order awal, jangan tunggu lapar!

Secara psikologinya, apabila kita lapar adalah lebih cenderung untuk kita membuat keputusan yang terburu-buru. Ini boleh mengakibatkan kita terlebih pesan makanan yang akan membawa kepada pembaziran ataupun terlebih makan.

Jadi nasihatnya di sini adalah untuk membuat perancangan awal sedikit supaya pesanan dapat dibuat seelok-eloknya. Selain daripada itu, perancangan dan pesanan yang lebih awal juga membolehkan anda mendapat lebih pilihan jenis makanan dan restoran yang diingini.

Ini adalah kerana kebanyakan restoran akan menutup pesanan atas talian buat sementara waktu pada masa-masa sibuk di mana orang ramai buat pesanan makanan.

Ini selalu berlaku di sekitar masa makan lazim seperti 12pm-1.30pm dan 6pm-7.30pm. Perancangan awal dapat membantu anda elakkan waktu-waktu ini dan tidaklah kempunan nanti kerana tidak dapat makanan yang diidamkan itu.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

 

Pilihan lebih bijak

Pada masa kini, ada lebih lagi jenis aplikasi yang menghimpunkan restoran-restoran secara atas talian untuk memberikan kepelbagaian pilihan untuk si pengguna.

Namun demikian, Ini tidak bermakna bahawa semua jenis makanan yang ditawarkan sebenarnya sesuai untuk dipesan atas talian.

Antara makanan jenis makanan yang dimaksudkan adalah yang digoreng garing atau yang makanan yang punyai elemen lembab dan kering dalam satu-satu hidangan tersebut.

Contohnya kerabu thai yang telah ditoskan dengan kuah perasa yang dihidangkan dengan ikan keli digoreng garing. Dalam masa penghantaran, elemen garing ikan akan menyerap kelembapan sayuran, kuah dan juga wap daripada ikan yang panas.

Hasilnya, bila sampai di rumah anda dan ingin dijamah, kuranglah rasa dan tekstur asal hidangan tersebut. Sama juga bagi sandwich yang berintikan sayur segar dan diletak sos-sos perasa. 

Nasihat di sini adalah sekiranya tetap ingin membuat pesanan jenis makanan ini, letakkan nota bila buat pesanan supaya restoran dapat asingkan elemen-elemen hidangan yang berlainan kelembapan dan suhu.

Seiring dengan itu juga, semasa membuat pilihan restoran, teliti jarak ataupun anggaran masa penghantaran yang diberikan. Elakkan restoran yang terletak lebih daripada 30 minit daripada rumah anda untuk pastikan hidangan sampai pada suhu yang sesuai untuk dijamah terus.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels


Kalau tak nak makan terus

Sama ada atas perancangan awal mahupun kerana belum lagi cukup lapar, kekadang hidangan yang dipesan mungkin anda ingin biarkan sedikit sebelum dijamah. 

Ingat ya, makanan tersebut telah melalui proses penghantaran jadi nasihat asasnya di sini adalah untuk terus menjamah hidangan yang dipesan sebaik sahaja ianya sampai di rumah anda. 

Namun, sekiranya hendak dibiarkan, pastikan anda membuka penutup makanan dan tutupkan dengan tudung saji ataupun dibiarkan dalam tempat bertutup seperti ketuhar. 

Ini adalah untuk pastikan wap-wap air akibat kehangatan makanan tidak berkumpul di dalam bekas. Dengan itu makanan yang digoreng garing akan kekal rangup lebih lama dan yang berkuah pula tidak akan cepat basi. 

Bagi makanan berkuah dan betul-betul panas, anda bolehlah alihkan ke dalam mangkuk dan pinggan anda sendiri kerana kualiti plastik yang digunakan kekadang oleh sesetengah restoran tidaklah begitu sesuai untuk simpan makanan yang terlalu panas. 

Ini adalah untuk elakkan apa-apa reaksi kimia antara plastik dan haba daripada makanan yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Semalas mana pun, cadangan saya adalah sekiranya makanan yang dipesan telah sejuk, panaskan kembali dalam ketuhar gelombang mikro, pengukus mahupun airfryer

Suaikan jenis makanan dengan cara pemanasan kembali. Contohnya kalau dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro, makanan yang garing akan menjadi lembut jadi lebih baik untuk dipanaskan dalam airfryer ataupun ketuhar biasa.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Sejujurnya pada pendapat saya, makanan jenis apa pun akan rasa berbeza sekiranya dipesan bawa pulang. Selain daripada rasa hidangan, makan di restoran merupakan satu aktiviti sosial yang diwarnai suasana restoran.

Semua ini amatlah susah dicapai melalui hidangan yang dipesan atas talian.

Namun, ini adalah sedikit pengorbanan yang kita harus lakukan demi kesejahteraan negara kita yang diharapkan akan bebas daripada cengkaman wabak COVID satu hari nanti.

Sambil menunggu hari tersebut, moga-moga beberapa tip yang dikongsikan dalam coretan kali ini dapat membantu anda memaksimakan pengalaman menikmati hidangan yang dipesan atas talian. - Getaran, 28 Jun 2021

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Kolum 2 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan