Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Anak Gen-X: Legenda Majalah Terlampau

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 3:45PM

Penulis bersama rakan-rakan sekelas.

oleh

M.Zulkifli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini sebuah kisah pencetus legenda. Ketika itu kami di tingkatan dua. Kelas kami agak kecoh, tapi taklah terlalu nakal. Cukup semua karektor yang boleh menghidupkan suasana; yang smart aleck, yang nerd, yang kurus dan yang, er, gempal, anak guru besar pun ada.

Di kedai buku kami pula, selain daripada buku-buku teks dan alat tulis, penjualnya juga ada supply majalah hiburan (yang tak sepatutnya dijual), seperti Smash Hits dan No 1, dari UK. Tapi dia hanya berani jual kepada pembeli regular, dan setiap kali, majalah itu akan dimasukkan ke dalam sampul atau buku yang lain untuk cover line.

Menjadi perkara biasa untuk kami berkongsi majalah yang dibeli sesama sendiri. Jadi sambil cikgu mengajar, akan selalu ada majalah yang bergerak dari satu meja, ke satu meja yang lain. Pandai-pandailah nak buat supaya tak ditangkap cikgu.

Tapi pada satu hari, aku terdengar desas-desus ada sejenis majalah telah dibawa oleh rakan sekelas, Nordin (bukan nama sebenar), yang dikatakan lebih hangat daripada biasa. Ketika itu juga, aku dan beberapa orang rakan sekelas lain sedang gigih membuat persiapan untuk Hari Guru. Persembahan kami? Menyanyi beramai-ramai lagu yang mengubah dunia oleh USA For Africa, “We Are The World” (untuk rekod, aku sendiri menyanyikan bahagian bridge Michael Jackson).

Tinggal beberapa hari sebelum Hari Guru, dan selepas sesi latihan yang agak intense, tiba-tiba kami diberitahu pengawas akan mengadakan spot check ke atas semua beg budak-budak kelas kami. Alamak! Aku teringat yang majalah Smash Hits edisi Duran Duran di muka hadapan masih ada tersimpan di dalam beg aku. Rugi kalau dirampas, aku terfikir. Duit sekolah tiga hari nampaknya akan melayang macam tu saja.

Tapi sebenarnya bukan Smash Hits atau URTV yang dicari pengawas. Ada yang lebih menjolok mata daripada gambar-gambar terbaharu Debbie Gibson dan Maria Arshad. Dan yang paling menggemparkan adalah berita bahawa majalah nakal yang dicari itu akhirnya dijumpai di dalam beg anak pengetua yang juga seorang pengawas. Pantas gosip melayang yang beliau telah dianiaya.

Mood kami semua bertukar ketika itu. Nyanyian “We Are The World” kami menjadi layu dan tak bermaya. Apa agaknya yang akan terjadi seterusnya?

Keesokan hari kami datang ke sekolah seperti biasa. Tetapi desas desus mengatakan yang pemilik sebenar majalah tersebut telah diketahui dan mungkin akan membuat pengakuan.

Selepas waktu rehat, guru kaunseling, Cikgu Mat Som (bukan nama sebenar) dan Nordin masuk ke kelas. The moment of truth telah tiba. Tapi cikgu Mat Som agak kool. Tidak marah-marah, dia mula bercerita tentang bahaya bahan-bahan bacaan yang tidak bermoral dan boleh merosakkan minda. Ketika itu, kami semua diam tertunduk.

Kemudian tiba giliran Nordin untuk bercakap. Dengan nada sebak, Nordin mengaku yang dialah yang membawa majalah tersebut ke sekolah untuk dikongsikan dengan rakan sekelas. Dia meminta maaf kepada semua, lebih-lebih lagi kerana melibatkan anak pengetua itu sendiri. Air matanya mula meleleh. Kami tetap tunduk dan senyap sepanjang sesi pengakuan ini.

Namun, selain keberanian dan keikhlasannya dalam membuat pengakuan di khalayak ramai, yang menjadikan insiden ini tetap diingati adalah penjelasannya tentang dari mana muncul majalah itu. Kata Nordin: “Pada satu hari, ketika saya berjalan nak ke sekolah, saya tersepak sesuatu. Bila saya tengok, yang disepak itu adalah senaskhah majalah lucah. Kemudian saya terus bawa ke sekolah”. Logik tak logik, kelentong ke betul, itulah cerita yang Nordin pertahankan hingga ke hari ini.

Selesai Nordin mengelap airmata penyesalannya, Cikgu Mat Som kemudian menyuruh sesiapa yang pernah melihat majalah seumpama itu untuk mengaku dan berdiri. “Jujur dengan diri sendiri,” katanya. Tergamam kami semua.

Tapi seperti adegan dalam filem, dengan diiringi runut bunyi menyayat hati, seorang demi seorang mula bangun dengan raut wajah silu dan bersalah. Ada yang tengok sesama sendiri, seolah memberi isyarat, “kau bangun dululah”, sebelum mereka sendiri bangkit dalam momen yang seolah berlangsung dalam gerak perlahan.

Hampir tiga suku antara kami bangun pada hari itu. Aku sendiri bagaimana? Biarlah hanya yang tahu, tahu. Jangan tanya lebih-lebih.

Selepas episod pecah tembelang secara besar-besaran itu, kami sambung latihan untuk persembahan Hari Guru. Dan aku ingat lagi pada hari persembahan itu sendiri, kami dapat tepukan gemuruh oleh cikgu-cikgu semua. Masih jelas dalam ingatan, cikgu matematik kami siap berikan standing ovation.

Banyak yang kami pelajari sepanjang tahun persekolahan itu sebenarnya. Yang paling utama, kalau dah buat salah, mengaku sajalah. Ambil tanggungjawab. Jangan berdolak dalih dengan seribu satu alasan, atau berselindung di sebalik orang lain, seperti yang sering terjadi sekarang ini.

Legenda Nordin tidak pernah malap. Setiap kali kami buat gathering, akan pasti ada sesi mengimbau kembali setiap detail kejadian “tersepak majalah”. Tak sah kalau beliau tak dibahankan. Bagi aku sendiri, koleksi majalah Smash Hits masih tersimpan di dalam kotak buat jadi kenangan. Dan setiap kali lagu “We Are The World” berkumandang di radio, aku akan pasti tersenyum sendiri. - Getaran, 11 Jun 2021

M.Zulkifli merupakan teraju utama getaran.my dan seorang bekas majistret. Beliau juga peminat budaya popular 80an dan memiliki koleksi figurine Star Wars yang masih belum diwariskan kepada anak-anaknya.

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Apabila AI Menjadi Peguam, Akauntan Dan Pemandu

2

Kolum 1 bulan yang lalu

Ruang Kecil, Impian Besar: Bagaimana Ruang Simpan Sendiri Buka Peluang, Potensi Untuk PKS

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Kolum 21 jam yang lalu

Tun M, Bertenanglah, Tak Perlu Takut Dengan Siasatan